• Colour
  • | Text size
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Hari Muzium Antarabangsa 2008

You are here

You are here

OBJEKTIF

Sambutan Hari Muzium Antarabangsa adalah bertujuan :

1. Untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya peranan muzium di dalam kehidupan

2. Sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap sumbangan serta peranan yang dimainkan oleh muzium

3. Untuk memberi peluang dan kesempatan kepada orang ramai untuk mengunjungi dan mengenali muzium dengan lebih dekat dan menyertai berbagai aktiviti muzium.

4. Menarik minat masyarakat bersama-sama melindungi warisan budaya bangsa yang menjadi kebanggaan kita.

5. Pendedahan kepada kakitangan muzium bagi mengubah corak pemikiran ke arah yang lebih positif, proaktif dan inovatif bagi melahirkan sebuah muzium yang dapat memenuhi keperluan dan cita rasa masyarakat semasa.

6. Mewujudkan perpaduan serta jaringan kerjasama yang erat di kalangan muzium.

 

 

LATARBELAKANG PROGRAM

Sejak tahun 1977 Hari Muzium Antarabangsa dirayakan oleh 102 negara yang menganggotai Majlis Muzium Antarabangsa (ICOM). Perayaan ini telah disambut di Malaysia sejak 11 tahun yang lalu. Perayaan sulung di peringkat nasional dihoskan oleh Jabatan Muzium Dan Antikuiti pada tahun 1997 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur. Sambutan perayaan Hari Muzium Antarabangsa di Malaysia mempunyai keunikan yang tersendiri apabila sistem penggiliran dipraktiskan dalam penganjuran perayaan ini.

 

 

PENGISIAN SAMBUTAN HARI MUZIUM ANTARABANGSA

Pelbagai acara dirancang dan dilaksanakan sepanjang berlangsungnya sambutan Hari Muzium Antarabangsa. Aktiviti-aktiviti ini telah dirancang khusus dan selari dengan peranan dan tanggungjawab permuziuman. Progam bercorak akedemik dan ilmiah seperti seminar dan ceramah yang melibatkan penyertaan pakar atau tokoh permuziuman dari dalam dan luar negeri dilaksanakan bagi meningkatkan pengetahuan serta perkongsian pintar di kalangan warga muzium. Selain itu juga pameran oleh muzium-muzium negeri akan turut diadakan bagi memberi peluang masyarakat untuk mengenali dengan lebih dekat budaya serta warisan negeri-negeri di Malaysia. Pameran ini diadakan di lokasi yang strategik seperti di pusat membeli belah bagi menarik lebih ramai pengunjung.

Sambutan Hari Muzium Antarabangsa ini dimeriahkan lagi dengan penganjuran aktiviti sukan dan riadah. Acara sukan yang dipertandingankan seperti bola sepak, futsal, badminton, karom, sepak takraw, boling, bola tampar, ping pong, dart, dam haji dan catur. Penganjuran aktiviti sukan ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim sesama warga muzium seluruh negara.

Bagi mendekatkan institusi permuziuman dengan masyarakat, aktiviti berbentuk kemasyarakatan turut dilaksanakan seperti program sekolah angkat, kampung angkat dan program gotong-royong. Penglibatan warga muzium seluruh negara menjayakan program ini telah berjaya memperkenalkan muzium kepada masyarakat.

Undefined

Last update: 20 May 2024 - 7:44am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources