• Colour
  • | Text size
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Add new comment

You are here

Budaya Kerja Kelas Pertama

Kepimpinan Kelas Pertama

  • Merujuk kepada amalan terbaik pemimipin yang melebihi daripada kebiasaan dari pengurusan minda, emosi dan tata kelakuan. Amalan ini seterusnya dapat mempengaruhi dan merangsang kumpulan untuk berusaha secara ikhlas bagi mencapai visi, misi dan matlamat bersama.

Amalan Kepimpinan Terbaik

Pemimpin yang hebat mengamalkan sifat-sifat berikut :

Berminda Positif

  • Percaya dan yakin terhadap sesuatu program baru yang dirancang akan membawa kebaikan.Contoh:yakin bahawa kerja boleh diperbaiki dengan usaha penambahbaikan secara berterusan.

Berminda Mencipta

  • Minda yang tidak terkongkong dengan kebiasaan amalan dan proses kerja sedia ada, sebaliknya melakukan pembaharuan, penambahbaikan dan berpandangan jauh. Contoh: sentiasa mencipta kelainan dan penambahbaikan dalam meneraju organisasi.

Mengutamakan Kualiti

  • Mementingkan kualiti dalam segala bentuk perkhidmatan, walaupun perkara yang remeh. Contoh: mengambil berat amalan kualiti diri dan kerja.

Merealisasikan Idea-idea Baru

  • Mengolah semula idea-idea baru menjadi lebih mudah difahami dan direalisasikan dalam organisasi untuk dilaksanakan. Contoh: mewujudkan satu kerangka kerja bagi melaksanakannya.

Menjana Kehebatan

  • Meneroka setiap peluang untuk dijana menjadi suatu nilai baru yang terbaik dan unggul. Contoh: membuat perubahan untuk mencipta sesuatu yang terbaik.

Memupuk Budaya Kompetensi Cemerlang

  • Menggalakkan warga organisasi ke arah peningkatan ilmu pengetahuan dan berkemahiran. Contoh: menyediakan peluang dan kemudahan kepada warga organisasi menyertai latihan.

Menghayati Perasaan

  • Kebolehan memahami perasaan dan kehendak orang lain supaya pekerja dapat melaksanakan tugas dengan ikhlas dan berkesan. Contoh: mementingkan kebajikan dan memahami perasaan orang lain.

Bijak Mengurus Emosi

  • Dapat memahami emosi diri dan orang lain untuk kebaikan organisasi.Contoh: mampu Mengawal emosi walaupun berada dalam persekitaran kerja tertekan.

Sentiasa Dalam Keceriaan

  • Berupaya mewujudkan keceriaan diri dan persekitaran. Contoh: mampu mewujudkan keceriaan walaupun dalam suasana kerja terdesak.

Bertindak Sebagai Pembimbing

  • Memberi panduan dan bertindak sebagai mentor kepada pekerjanya. Contoh: turut membantu dan memberi tunjuk ajar kapada pekerja dalam menyelesaikannya.

Menjadi Ikutan

  • Menunjukkan teladan kepada pekerja bawahan dengan keperibadian yang terpuji sebagai seorang ketua. Contoh: mudah mesra dan sentiasa menghormati orang lain.

Minda Berstrategi

  • Mengutamakan gerak kerja yang kemas, teratur dan terancang. Contoh; melaksanakan kerja dengan terancang dan berstrategi.

Cepat Bertindak

  • Sentiasa peka dan cepat memberi respon terhadap sebarabng keperluan organisasi dan perubahan persekitaran. Contoh: bertindak segera dalam membuat keputusan terhadap maklum balas yang diterima.

Minda Beretika

  • Memiliki keperibadian mulia dan mengamalkan nilai-nilai akhlak terpuji seperti berbudi bahasa, di segani, berintegriti, tahu menghormati orang lain dan berdisiplin. Contoh: bertindak secara berhemah dan penuh tanggungjawab selaras dengan tuntutan nilai murni organisasi dan masyarakat.
Intranet: 

Last update: 27 March 2024 - 10:06am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources