Dokumentari masyarakat Melayu Minangkabau dalam dunia Melayu digambarkan dengan keunikan senibina Rumah Gadang, keutuhan binaan masjid, kehalusan seni ukiran dan tenunan, kelembutan gerak tari, kepintaran menjana ekonomi dan identiti pakaian-pakaian adatnya. Terdapat dalam versi Melayu sahaja.
Dokumentari ini memperlihat istilah-istilah Cam Jat, Cam Bani dan Cam Muslim yang merujuk kepada kelompok-kelompok bangsa Cam yang berbeza-beza amalannya sama ada di Vietnam atau Kemboja. Terdapat dalam versi Melayu dan English.
Dokumentari ini memaparkan kehidupan masyarakat Melayu Bisaya sebagai salah satu rumpun bangsa di Malaysia di mana, mereka menitik beratkan warisan tradisi seperti berlagu (berdaup), tarian liliput, tarian anak kuda, bermain alatan muzik tradisional dan sebagainya.