Dokumentari ini menyaksikan kehebatan dunia pelayaran Melayu dalam pelbagai rekabentuk kapal mengikut daerah dan negara tertentu serta aktiviti pelayaran yang merupakan nadi kemajuan perkembangan kerajaan-kerajaan Melayu di Nusantara sejak berabad lamanya. Terdapat dalam versi Melayu sahaja.
Dokumentari ini memaparkan tinggalan sejarah, monumen, makam-makam diraja serta tapak-tapak budaya yang mengaitkan sosio budaya tempatan di sepanjang Sungai Perak. Terdapat dalam versi English sahaja.
Dokumentari ini merujuk kepada masyarakat Mah Meri di Kampung Sungai Judah, Pulau Carey, Banting, Selangor yang merupakan satu acara kebesaran yang diadakan pada setiap tahun oleh masyarakat Orang Asli Mah Meri. Upacara ritual ini dilakukan bagi menghormati Moyang Getah atau Metah yang dianggap keramat.