• Colour
  • | Text size

News

You are here

You are here

Hari Muzium Antarabangsa 2009

Logo Rasmi Hari Muzium Antarabangsa

Laman Web Rasmi: http://hma.jmm.gov.my

Rasional Rekaan Logo:

Logo Hari Muzium Antarabangsa 2009 merupakan abstrak kepada tema tahun 2009 iaitu Muzium dan Pelancongan yang menggambarkan Terengganu sebagai sebuah negeri yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisi bangsa hasil dari keindahan alam, kesenian, kebudyaan, sejarah, tradisi dan ekonomi.

Tuan rumah:

Lembaga Muzium Negeri Terengganu telah dipilih sebagai tuan rumah Perayaan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2009 kali ke-13. Ini bermakna Terengganu menjadi tuan rumah bagi kali kedua. Kali pertama Terengganu menjadi tuan rumah ialah dalam tahun 1998, edisi ke-2.

Tarikh sambutan: 17 - 23 Mei 2009

Tema: “Muzium Dan Pelancongan” / “Museums And Tourism”

Kontijen yang mengambil bahagian:

Zon Wilayah (JMM)
Zon Timur
Zon Utara
Zon Selatan
Zon Keselamatan
Zon Sabah
Zon Sarawak

Highlights: 
AttachmentSize
Image icon logo kecik.jpg62.05 KB

Pengisytiharan Koleksi Muzium sebagai Objek Warisan Kebangsaan 2009

Poster Objek Warisan Kebangsaan 2009

Pada 14 Februari 2009, sebanyak 10 artifak yang dimiliki oleh Jabatan Muzium Malaysia telah disenarai di dalam Daftar Warisan Kebangsaan. Artifak-artifak ini yang dikategorikan sebagai Objek Ketara adalah diantara 173 butiran warisan yang diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan.

Daftar Warisan Kebangsaan adalah satu daftar yang mengandungi suatu senarai butiran warisan yang diwujudkan dan disenggarakan di bawah seksyen 23 Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Majlis Pengisytiharan telah disempurnakan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, YB Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (Victoria Institution).

Objek Ketara Koleksi Muzium yang tersenarai dalam Daftar Warisan Kebangsaan 2009 adalah:

1. Duit Emas Zaman Pemerintahan Sultan Muzaffar Shah ( 1564 - 1570 ) Johor
2. Duit Kijang Emas
3. Duit Emas Zaman Pemerintahan Sultan Alau'uddin Riayat Shah I ( 1527 - 1564 ) Johor
4. Duit Emas Zaman Pemerintahan Sultan Zainal Abidin II ( 1793 - 1808 )
Terengganu
5. Pending Melayu
6. Celepa Diraja Terengganu
7. Tepak Sireh Sultan Abdul Samad
8. Patung Avalokitesvara
9. Loceng Gangsa
10. Archa Buddha Duduk

3 artifak iaitu Celepa Diraja Terengganu, patung Avalokitesvara dan Loceng Gangsa kini dipamerkan untuk tontonan umum di Muzium Negara.

Highlights: 

Pameran Ukiran Kayu Orang Asli

KLFestival Logo

Tarikh : 01 Jul 2008 - 31 Jul 2008
Tempat : Muzium Seni Kraf Orang Asli, Jabatan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur

Masyarakat Orang Asli sememangnya kaya dengan pelbagai kebudayaan dan kesenian. Kehidupan mereka penuh dengan mistik dan kepercayaan kepada alam sekeliling. Walaupun ada di antara kelompok mereka telah menerima arus pemodenan, namun seni dan budaya warisan nenek moyang tidak dilupakan. Di antara seni yang masih dipelihara dan diamalkan ialah seni ukiran patung dan topeng sebagai satu aktiviti untuk mengisi masa lapang dan turut digunakan semasa upacara ritual.

Seni yang dihasilkan ini, kebanyakannya melambangkan kepercayaan, daya imaginasi dan pandangan mereka terhadap alam ghaib dan system ketuhanan. Daya imaginasi ini dipertonjolkan dengan hasil ukiran kayu yang diberikan pelbagai nama yang dihubungkan dengan unsur-unsur alam seperti tanah, pelangi, guruh, angin, lautan dan bumi. Luahan seni mereka dalam bentuk ukiran kayu ini merupakan sesuatu yang menarik dari sudut antropologi. Daripada 18 suku kaum yang terdapat di negara ini, suku Kaum Mahmeri dan Jahut merupakan suku kaum yang dominan dengan seni ukiran kayu khususnya ukiran patung dan topeng.
Aktiviti lain semasa pameran ;
-Tarian Sewang
-Demonstrasi Masakan Tradisional Orang Asli
- Perhiasan Diri
kaedah membuat dan memainkan alatan muzik
Orang Asli seperti seruling, keranting, centong,
rebab dan lain-lain
- Peralatan Memburu / Perubatan Tradisional
kaedah membuat bubu, beliung dan pelbagai
jenis jerat
penggunaan herba dan tumbuhan hutan
sebagai perubatan
- Sumpitan
kaedah pembuatan sumpit, tabung damak,
damak dan racun Ipoh.
cara penggunaan dan demonstrasi menyumpit.
- Seni Anyaman
kaedah membuat kelarai, tikar, bakul, bekas tembakau, raga galas dan lain-lain.

Highlights: 

Pages

Last update: 4 December 2020 - 4:40pm

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources