Perubahan Skim Perkhidmatan Kurator, Penolong Kurator dan Pembantu Muzium
Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan Kerajaan mengenai perubahan skim perkhidmatan Kurator Gred S41, S44, S48, S52, S54, Penolong Kurator Gred S27, S32, S38 dan Pembantu Muzium Gred S17, S22, S26. Kerajaan telah bersetuju supaya syarat lantikan skim perkhidmatan Kurator, Penolong Kurator dan Pembantu Muzium dan syarat kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) dari skim perkhidmatan Pembantu Muzium ke skim perkhidmatan Penolong Kurator diubah. Ini berikutan perubahan persekitaran yang memerlukan syarat lantikan skim perkhidmatan Kurator, Penolong Kurator dan Pembantu Muzium dikemaskinikan sejajar dengan keperluan semasa dan perubahan kurikulum pengajian di peringkat institusi pengajian tinggi. Pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 2 Julai 2009. Mulai tarikh kuat kuasa pekeliling perkhidmatan ini, semua lantikan sebagai Kurator, Penolong Kurator dan Pembantu Muzium perlu menggunakan skim perkhidmatan baharu ini dan syarat lantikan yang ditetapkan hendaklah dipatuhi. Dengan berkuat kuasanya pekeliling perkhidmatan ini, maka skim perkhidmatan Kurator yang berkuat kuasa pada 1 November 2002 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2006, Penolong Kurator yang berkuat kuasa pada 1 November 2002 melalui Lampiran B muka surat 591 hingga 593 dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 dan Pembantu Muzium yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2005 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2005 adalah dibatalkan dan diganti dengan skim perkhidmatan dalam pekeliling perkhidmatan ini. Sila muat turun Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2009 di 'attachment' atau di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Pameran Darurat Rentetan Sejarah 1948-1960 ini diadakan di Muzium Negara bermula 30 Jun sehingga 30 Ogos 2009. Pameran ini memaparkan aspek-aspek pencetus darurat di Tanah Melayu serta pergolakan yang berlaku di sepanjang tempoh 1948 hingga 1960. Selain itu, pameran ini menerangkan dan memperlihatkan peranan dan perjuangan wira bangsa. Pameran ini juga adalah sebagai usaha untuk mendorong masyarakat celik sejarah disamping memupuk sikap cintakan negara.
The 140th Coins and Bank Notes Auction will be held at Muzium Negara. This event is jointly organised by the Malaysia Numismatic Society and Department of Museums Malaysia.
Date: Sunday, 5 July 2009
Time: 10.00 a.m
Location: Dataran Muzium Negara, Jalan Damansara Kuala Lumpur