Skip to main content
Please wait...

Sejarah Ringkas Bahasa Melayu

Penulis/Author
Asmah Haji Omar
Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
110
Harga/Price (Paperback)
RM48
No. Rujukan/Reference No. (Paperback)
ISBN:978-967-0372-07-5
Ada/Availability?
Ya
Jenis Penerbitan

Buku ini memaparkan secara ringkas sejarah Bahasa Melayu dalam peredaran zaman mulai dari zaman awal seperti dalam bukti sejarah, misalnya batu bersurat, surat, dokumen serta naskhah. Selain itu buku ini juga memperkatakan peranan Bahasa Melayu sebagai lingua franca yang digunakan dalam berbagai-bagai bidang kehidupan dari dahulu hingga sekarang. Bahasa Melayu sering dirujuk sebagai bahasa rumpun Melayu dan orang Melayu dianggap sebagai anggota dari rumpun Melayu. Dalam hal ini perkataan “rumpun” membawa erti yang pelbagai sifatnya.

Muzium Tekstil Negara

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
234
Harga/Price (Hardcover)
RM135
No. Rujukan/Reference No. (Hardcover)
ISBN : 978-967-0372-05-1
Ada/Availability?
Ya
Jenis Penerbitan

Buku ini diterbitkan untuk memperkenalkan Muzium Tekstil Negara kepada umum. Muzium Tekstil Negara ditempatkan di bangunan warisan yang bercirikan seni bina Moorish. Bangunan ini di jadikan muzium pada bulan Oktober 2007. Muzium ini dibuka kepada orang ramai pada 9 Januari 2010. Muzium Tekstil Negara membawa kita meneroka kekayaan kepelbagaian tekstil dalam masyarakat Malaysia. Terdapat 4 galeri di dalam muzium ini iaitu galeri Pohon Budi, Pelangi, Teluk Berantai dan Ratna Sari yang mempamerkan koleksi tekstil yang tersohor, aksesori dan pakaian.

Ancient Glassware in Malaysia : The Pengkalan Bujang Collection

Penulis/Author
Daniel Perett & Zulkifli Jaafar
Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
199
Harga/Price (Paperback)
RM44
No. Rujukan/Reference No. (Paperback)
ISBN : 978-967-0372-10-5
Ada/Availability?
Ya
Jenis Penerbitan

Buku ini diterbitkan  oleh Jabatan Muzium Malaysia dengan kerjasama oleh EFEO, Perancis di Malaysia. Buku ini mengandungi koleksi yang terdapat di Muzium Arkeologi Lembah Bujang di Kedah. Terdapat bahan arkeologi yang ditemui hasil daripada penemuan awal dari tahun 1970an hingga tahun 2006. Sehingga kini Pengkalan Bujang mempunyai koleksi yang terbanyak di seluruh Asia (6,000 keping) mengenai kaca.

A Malaysian Tapestry: Rich Heritage at the National Museum

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
269
Harga/Price (Paperback)
RM25
No. Rujukan/Reference No. (Paperback)
ISBN : 978-967-0372-21-1
Ada/Availability?
Ya
Jenis Penerbitan

Buku ini mengandungi himpunan artikel yang dihasilkan oleh Sukarelawan Muzium JMM tentang cerita di sebalik artifak yang ada dalam koleksi JMM . Sempena ulangtahun ke-20 Sukarelawan Muzium berjaya menghasilkan sebuah buku yang mengandungi koleksi artifak yang terdapat di dalam Galeri Pameran di Muzium Negara. Di dalam buku ini terdapat gambar-gambar serta lukisan yang menarik berkenaan dengan kesenian, dan tempat menarik yang untuk dikunjungi.

Sejarah dan Kesenian : Masyarakat Brunei Sabah

Penulis/Author
Saat Awang Damis
Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
172
Harga/Price (Paperback)
RM50
No. Rujukan/Reference No. (Paperback)
ISBN:978-967-0372-20-4
Ada/Availability?
Ya
Jenis Penerbitan

Buku ini merupakan hasil penulisan yang telah dibentangkan dalam Seminar Borneo II dengan tema “Jejak Kesultanan Brunei di Sabah”. Umumnya, para penyumbang dalam buku ini terdiri daripada ahli akademik dan bukan akademik yang mempunyai pengetahuan mendasar berkenaan masyarakat Brunei Sabah selepas terpisah secara fizikal denngan pentadbiran Kesultanan Brunei selama seratus tiga puluh tiga tahun.

SENI BINA MALAYSIA: Warisan dalam Kepelbagaian

Penerbit/Publisher
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
130
Harga/Price (Paperback)
RM49
Harga/Price (Hardcover)
RM90
Ada/Availability?
Ya
No Rujukan/ Reference No.
978-967-0372-18-1
Jenis Penerbitan
Publication Type

Penerbitan buku ini adalah selaras dengan matlamat untuk menghimpunkan maklumat kepelbagaian yang terdapat dalam seni bina di Malaysia. Buku ini dihasilkan daripada penyelidikan dan pengumpulan bahan mengupas secara umum mengenai pendekatan yang merangkumi sejarah, kepercayaan, teknologi dan motif dalam warisan seni bina masyarakat Malaysia. Buku ini dihasilkan bersempena penjenamaan semula Muzium Seni Bina, Jabatan Muzium Malaysia yang merupakan muzium khusus yang ditubuhkan bagi perkembangan seni bina yang terdapat di seluruh Malaysia. Buku ini terdapat dalam Bahasa Malaysia sahaja.

Koleksi Muzium Negara:Penerokaan Sejarah dan Budaya

Penerbit/Publisher
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
266
Harga/Price (Paperback)
RM61
Harga/Price (Hardcover)
RM82
Ada/Availability?
Ya
No Rujukan/ Reference No.
978-967-0372-12-9
Jenis Penerbitan

Buku ini mengandungi koleksi- koleksi terpilih yang terdapat di gedung khazanah Negara ini. Kesemua koleksi yang dipaparkan berkaitan artifak di Muzium Negara. Kesemua koleksi yang dipaparkan dalam buku ini mempunyai nilai sejarah yanh tinggi dan telah dikumpul serta dipulihara mengikut piawaian muzium. Penerbitan buku ini merupakan penerokaan terhadap koleksi yang merupakan satu cerminan dan jalan cerita tentang sejarah dan budaya Negara. Buku ini hanya terdapat dalam Bahasa Malaysia sahaja.

DIREKTORI MUZIUM-MUZIUM JABATAN MUZIUM MALAYSIA

Penerbit/Publisher
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
152
Harga/Price (Paperback)
RM46
No Rujukan/ Reference No.
978-967-0372-03-7
Jenis Penerbitan

Direktori Muzium- muzium Jabatan Muzium Malaysia merupakan sumber maklumat tentang 21 buah muzium Persekutuan yang dirangkum dan didokumentasikan dalam sebuah buku.Penerbitan buku ini juga adalah antara usaha dan strategi Jabatan Muzium Malaysia untuk memperkenalkan dan mempromosikan muzium- muzium di bawah seliaan. Direktori ini dapat menjadi rujukan dan panduan ringkas tentang muzium- muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia. Direktori ini juga mengadaptasi pepatah tak kenal maka tak cinta dalam konteks mempromosikan khazanah budaya dan warisan sejarah.

KERANDA : TRADISI & MISTERI

Penerbit/Publisher
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
38
Harga/Price (Paperback)
RM31
No Rujukan/ Reference No.
978-967-9935-94-3
Jenis Penerbitan

Buku Keranda : Tradisi dan Misteri Ini merupakan sebuah penerbitan yang memuatkan koleksi keranda yang dipamerkan semasa pameran Keranda : Tradisi dan Misteri yang diadakan di Muzium Negara sepanjang bulan April hingga Ogos 2010. Buku ini juga mengupas pengertian keranda dan kegunaannya dalam sesebuah masyarakat termasuk Melayu, Cina, India, beberapa etnik peribumi Sabah dan Sarawak, Orang Asli serta masyarakat lain di Nusantara. Melalui buku ini pembaca dapat melihat pelbagai jenis keranda dan motif yang lazim digunakan pada keranda serta menyelami falsafah penggunaan keranda itu sendiri.

WACANA KURATOR

Penerbit/Publisher
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
112
Harga/Price (Paperback)
RM25
No Rujukan/ Reference No.
978-967-0372-02-0
Jenis Penerbitan

Penerbitan buku ini adalah mengandungi kompilasi kertas kerja yang terpilih iaitu sesi pembentangan Forum Kurator dari tahun 2003-2007. Ia bertujuan mengetengahkan aspek pennyelidikan berkenaan bidang permuziuman yang merangkumi bidang sejarah dan kebudayaan negara. Wacana Kurator ini juga bertujuan memperkenalkan hasil kajian daripada kurator yang terlibat dengan aktiviti permuziuman samada secara langsung serta tidak langsung.

Subscribe to cetakan

Hubungi Kami

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Jabatan Muzium Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut