Skip to main content
Please wait...

KONSERVASI ARTIFAK MERIAM SEJARAH - KAEDAH SAINTIFIK

Penerbit/Publisher
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
134
Harga/Price (Paperback)
RM70
No Rujukan/ Reference No.
978-967-9935-88-2
Jenis Penerbitan

Buku ini adalah sebuah buku mengenai konservasi artifak meriam sejarah. Penerbitan buku ini merupakan usaha murni Jabatan Muzium Malaysia dengan Agensi Nukleur Malaysia bagi menyebarkan pengetahuan berkaitan asas konservasi artifak. Penulisan buku Konservasi Artifak Meriam Sejarah –Kaedah Saintifik adalah bertepatan dengan kehendak dan keperluan semasa yang memerlukan garis panduan dalam melaksanakan kerja-kerja konservasi artifak. Konservasi artifak meriam bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.

MAGIS BELANTARA HERBA ORANG ASLI

Penerbit/Publisher
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
38
Harga/Price (Paperback)
RM9
Ada/Availability?
Tiada Stok
No Rujukan/ Reference No.
978-967-9935-93-6
Jenis Penerbitan

Buku ini adalah Katalog Pameran yang diadakan di Muzium Negara iaitu Pameran Magis Belantara Herba Orang Asli yang diadakan di Muzium Negara pada 15 November hingga 31 Disember 2009. Masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia yang merupakan antara minoriti di Negara ini terdiri daripada lapan belas suku kaum yang berdasarkan tiga kumpulan utama iaitu Senoi, Nagrito dan Proto Melayu. Secara khususnya mereka mendiami kawasan-kawasan pedalaman, pinggir-pinggir hutan dan sebahagiannya di pinggir perkampungan melayu.

PANDUAN KE GALERI SEJARAH DI MUZIUM NEGARA

Penerbit/Publisher
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
34
Harga/Price (Paperback)
RM4
No. Rujukan/Reference No. (Paperback)
BN014
Jenis Penerbitan

Inilah panduan ke galeri sejarah yang pernah ditempatkan di Muzium Negara. Walaupun galeri itu tidak lagi berada di Muzium Negara, namun koleksi sejarah dari peringkat awal sehingga 1984 dipaparkan secara terperinci. Ia termasuk ilustrasi bahan pameran semasa galeri itu ditempatkan di Muzium Negara. Buku panduan ini hanya boleh didapati dalam bahasa Inggeris.

MISTERI BANGKAI KAPAL DI MALAYSIA

Penulis/Author
Sten Sjostrand, Adi bin Hj. Taha and Samsol bin Sahar
Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
171
Harga/Price (Paperback)
RM50
No. Rujukan/Reference No. (Paperback)
BN026
Harga/Price (Hardcover)
RM70
No. Rujukan/Reference No. (Hardcover)
BT026
Jenis Penerbitan

Terbitan ini dikeluarkan sempena pelaksanaan satu usaha besar dalam arkeologi maritim, kejayaan mengeluarkan kargo dari bangkai sebuah kapal di perairan Malaysia. Tapak itu dikenali sebagai Bangkai Kapal Wanli dan menjadi bahan kajian terbaru dalam siri penyelidikan di dasar laut berdekatan pantai Malaysia yang dipaparkan di halaman berikutnya. Buku ini hanya boleh didapati dalam bahasa Inggeris.

SEJARAH BATALION BRITISH DALAM KEMPEN MALAYA (1941-1942)

Penulis/Author
Chye Kooi Loong
Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
389
Harga/Price (Paperback)
RM80
No. Rujukan/Reference No. (Paperback)
BN039
Harga/Price (Hardcover)
RM120
No. Rujukan/Reference No. (Hardcover)
BT039
Jenis Penerbitan

Sejarah Batalion British dalam kempen Malaya merupakan usaha Jabatan Muzium dan Antikuiti. Sejarah memaparkan rekod peristiwa silam terutamanya yang melibatkan kehidupan manusia. Buku ini mengisahkan unit tentera British dan India yang keletihan dan hampir patah semangat namun terus bertempur dengan gagah berani dari utara ke selatan Semenanjung sehingga kejatuhan Singapura pada 15 Februari 1942. Buku ini hanya boleh didapati dalam bahasa Inggeris.

BUSANA MELAYU

Penulis/Author
Zubaidah Shawal
Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
122
Harga/Price (Paperback)
RM30
No. Rujukan/Reference No. (Paperback)
BN006
Ada/Availability?
Tiada Stok
Jenis Penerbitan
Publication Type

Buku hasil nukilan Zubaidah Shawal ini mendokumentasi sebahagian pakaian tradisional masyarakat Melayu yang istimewa dan dapat mencerminkan perwatakan, nilai hidup dan kesantunan budi mereka. Penerangan kandungan buku dalam dwibahasa.

DESTAR WARISAN MALAYSIA: KOLEKSI TERPILIH

Penerbit/Publisher
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
156
Harga/Price (Paperback)
RM70
No. Rujukan/Reference No. (Paperback)
BN009
Ada/Availability?
Tiada Stok
Jenis Penerbitan
Publication Type

Destar atau disebut juga sebagai setangan kepala, tengkolok, tanjak, kain (ikat) kepala. Melalui terbitan terbaru ini dibentangkan pengetahuan mengenai destar dari segi sejarah, reka bentuk, jenis, cara lipatan dan penjagaannya bagi memartabatkan seni pakaian Melayu. Penerangan kandungan buku dalam dwibahasa.

DI ATAS RUNTUHAN KOTA MELAKA KITA DIRIKAN NEGARA BARU

Penerbit/Publisher
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
111
Harga/Price (Hardcover)
RM50
No. Rujukan/Reference No. (Hardcover)
BT010
Jenis Penerbitan
Publication Type

Buku ini menampilkan rentetan sejarah mencapai detik kemerdekaan melalui sebahagian keratan akhbar, foto dan artikel-artikel yang memaparkan semangat nasionalisme pemimpin-pemimpin parti perjuangan ketika itu serta kegembiraan anak bangsa berjaya membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Penerangan kandungan buku hanya dalam versi Melayu sahaja.

GUA-GUA BATU KAPUR DI SEMENANJUNG MALAYSIA DALAM PERSPEKTIF ARKEOLOGI

Penulis/Author
Zulkifli Jaafar
Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
232
Harga/Price (Hardcover)
RM150
No. Rujukan/Reference No. (Hardcover)
BT013
Jenis Penerbitan
Publication Type

Tumpuan utama buku ini mengenai pembentukkan bukit-bukit dan gua batu kapur yang terdapat di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang melibatkan negeri-negeri Kelantan, Terengganu, dan Pahang serta pengetahuan tentang kumpulan manusia awal yang mendiami di dalam gua-gua itu sendiri. Penerangan kandungan buku dalam dwibahasa.

KECANTIKAN BENGKUNG KAKI

Penerbit/Publisher
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
132
Harga/Price (Paperback)
RM65
No. Rujukan/Reference No. (Paperback)
BN016
Harga/Price (Hardcover)
RM85
No. Rujukan/Reference No. (Hardcover)
BT016
Jenis Penerbitan
Publication Type

Terbitan kali ini mengupas amalan membengkung kaki sebagai satu subjek yang menarik dan mengagumkan dari pelbagai aspek. Di sini turut dilihat dari perspektif antropologi dan sejarah. Pelbagai gambaran dan keunikan dari amalan ini dipaparkan untuk bacaan umum. Penerangan kandungan buku dalam dwibahasa.

Subscribe to cetakan

Hubungi Kami

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Jabatan Muzium Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut