Peneraju profesionalisme permuziuman negara bertaraf global.
Memperkasakan institusi permuziuman secara mampan melalui pemantapan fungsi dan kualiti perkhidmatan permuziuman secara profesional, kreatif, inovatif dan sinergi.
Bersatu menjalinkan kerjasama bersinergi dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah, selaras dengan visi, misi dan objektif jabatan ke arah mendokong agenda pembangunan negara
Berpegang pada ciri-ciri profesionalisme dalam melaksanakan tugas dan bertanggungjawab dengan bersikap bijaksana, mendahulukan kepentingan awam serta komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik
Sentiasa melakukan perubahan untuk penambahbaikan perkhidmatan dan penghasilan produk melalui amalan kerja yang kreatif dan inovatif selaras dengan fungsi jabatan yang terlibat dalam perkhidmatan hospitaliti dan industri kreatif
Kemampuan / kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru serta asli
Penubuhan Muzium Sarawak di Kuching oleh Sir Charles Brooke II
Pengurusan Muzium Selangor & Muzium Perak disatukan di bawah Jabatan Muzium Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Aktiviti muzium bermula dengan penubuhan Muzium Perak di Taiping
Penubuhan Muzium Selangor
Jabatan Muzium dipindahkan seketika dari Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar.
Syarikat Yew Lee dilantik untuk mula membina bangunan Muzium Negara atas tapak bekas Muzium Selangor
Penubuhan Jabatan Muzium dan Antikuiti secara rasmi.
Perasmian pembukaan Muzium oleh DYMM YDP Agong ke-III, Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.
Jabatan Muzium dan Antikuiti telah ditukarkan kepada Jabatan Muzium Malaysia
| Bil. | Tarikh | Peristiwa |
|---|---|---|
| 1. | 1883 | Aktiviti muzium bermula dengan penubuhan Muzium Perak di Taiping. |
| 2. | 1888 | Penubuhan Muzium Sarawak di Kuching oleh Sir Charles Brooke II. |
| 3. | 1906 | Penubuhan Muzium Selangor. |
| 4. | 1910 | Pengurusan Muzium Selangor & Muzium Perak disatukan di bawah Jabatan Muzium Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. |
| 5. | 10 Mac 1945 | Kemusnahan sebahagian bangunan Muzium Selangor akibat daripada terkena bom Tentera Udara Berikat. |
| 6. | 16 September 1958 | Pelantikan arkitek untuk mereka bentuk bangunan khas di atas tapak bekas bangunan Muzium Selangor. |
| 7. | 2 Januari 1962 | Syarikat Yew Lee dilantik untuk mula membina bangunan Muzium Negara atas tapak bekas Muzium Selangor. |
| 8. | 31 Ogos 1963 | Perasmian pembukaan Muzium oleh DYMM YDP Agong ke-III, Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail. |
| 9. | 1978 | Jabatan Muzium dipindahkan seketika dari Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar. |
| 10. | 1987 | Jabatan Muzium dipindahkan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang kemudiannya ditukar nama kepada Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan dan pada 1992 nama kementerian ini ditukar sekali lagi kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. |
| 11. | 11 Mac 1993 | Penubuhan Jabatan Muzium dan Antikuiti secara rasmi. |
| 12. | 1 Mac 2006 | Jabatan Muzium dan Antikuiti telah ditukarkan kepada Jabatan Muzium Malaysia |
Senarai Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia boleh didapati di sini