Skip to main content
Please wait...

Pameran Malapetaka Bom Atom: Tragedi Hiroshima & Nagasaki 1945

Banner Pameran Malapetaka Bom Atom: Tragedi Hiroshima & Nagasaki 1945

Muzium Seni Asia dan Jabatan Pengajian Asia Timur, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, menjemput orang ramai ke pameran julung kali di adakan di Asia; Pameran Malapetaka Bom Atom: Tragedi Hiroshima & Nagasaki 1945. Maklumat pameran adalah seperti berikut: Tarikh Perasmian: 20 Ogos 2009 (Khamis) Waktu perasmian: 9.30 pagi Perasmi: Menteri, Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

Tarikh pameran: 20 Ogos – 31 Oktober 2009
Tempat: Muzium Seni Asia, Universiti Malaya

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: 03-7957 1061/ 03-7967 3936/3805/5631

Pameran Alat Muzik Tradisional Masyarakat Malaysia

Banner Pameran Alat Muzik Tradisional Masyarakat Malaysia

Lokasi pameran : Muzium Negara, Kuala Lumpur Tarikh pameran : 1 Ogos hingga 9 Ogos 2009 Penciptaan alat muzik diilhamkan melalui pemerhatian pada sumber alam dan menerusi eksploitasi bahan-bahan semulajadi seperti kulit haiwan, tumbuh-tumbuhan, tulang dan tanduk. Bermula hanya dengan bertepuk tangan, menghentakkan kaki, bersiul, mengetuk kayu dan sebagainya, alat muzik ini terus mengalami evolusi ke tahap yang lebih kompleks dan kompetetif. Pengaruh dan pertembungan budaya dari luar yang berlaku pada zaman-zaman perdagangan dan penjajahan banyak mempengaruhi alat muzik tempatan. Justeru lahirlah alat-alat muzik sinkretik yang terhasil dari kepandaian menggabung-jalin unsur-unsur luar, misalnya daripada Timur Tengah, India, China dan Eropah di negara ini dengan muzik ‘rakyat’ dan muzik ‘istana’ yang mendominasi aliran muzik pada zaman itu.

Pameran Nostalgia Sajian Raya

Poster Pameran Nostalgia Sajian Raya

Tarikh: 5/9/2009 - 4/10/2009

Tempat: Muzium Negara Nostalgia Sajian Raya... setiap dari kita pasti ada kenangan tentangnya. Kembali menggamit diingatan meriah persiapan untuk menyediakan hidangan wajib di pagi Raya iaitu ketupat dan lemang selain dari kuih muih yang dahulunya dapat dinikmati semasa menyambut sesuatu perayaan dan hari kebesaran seperti Hari Raya. Kehidupan di masa dahulu yang sukar membuatkan sajian ini sangat-sangat dinantikan kehadirannya sebagai pelengkap sambutan.

Jurnal Muzium Persekutuan Jld. 34

Penulis/Author
Zuraina Majid
Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
249
Harga Jurnal/Prosiding
RM10
No Rujukan/ Reference No.
PJ017
Jenis Penerbitan
Publication Type

Terbitan khas yang disunting oleh Zuraina Majid ini merangkumi Penyelidikan Arkeologi dan Muzium di Malaysia. Jurnal ini hanya boleh didapati dalam bahasa Inggeris.

Jurnal Muzium Persekutuan Jld. 33

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
155
Harga Jurnal/Prosiding
RM10
No Rujukan/ Reference No.
PJ016
Jenis Penerbitan
Publication Type

Monograf ini ialah adaptasi daripada tesis MA oleh Stephen Chia Ming Soon tentang Sumber dan Teknologi Tembikar Prasejarah di Semenanjung Malaysia Berdasarkan Kajian Komposisi dan Morfologi. Jurnal ini hanya boleh didapati dalam bahasa Inggeris.

Jurnal Muzium Persekutuan Jld. 32

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
122
Harga Jurnal/Prosiding
RM10
No Rujukan/ Reference No.
PJ015
Jenis Penerbitan

Monograf bertajuk Kajian Perbandingan Tapak Paleolitik Kampung Temelong Dengan Kota Tampan Dan Sumbangannya Terhadap Kebudayaan Zaman Pleistosen Akhir Di Asia Tenggara ditulis oleh Mohd Mokhtar Saidin telah diubahsuai daripada tesis beliau.

Jurnal Muzium Persekutuan Jld. 30

Penulis/Author
Adi Haji Taha
Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
134
Harga Jurnal/Prosiding
RM10
No Rujukan/ Reference No.
PJ013
Jenis Penerbitan

Kertas kerja yang ditulis oleh Adi Haji Taha ini adalah tentang Ekskavasi Semula Batu Lindungan di Gua Cha, Ulu Kelantan, Malaysia Barat. Jurnal ini hanya boleh didapati dalam bahasa Inggeris.

Jurnal Muzium Persekutuan Jld. 29

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
117
Harga Jurnal/Prosiding
RM27
No Rujukan/ Reference No.
PJ012
Jenis Penerbitan
Publication Type

Tiga artikel dalam jurnal ini adalah tentang Tiga Spesies Baru Salacca (Palmae) dari Semenanjung Tanah Melayu; Taburan Penemuan Tektit di Malaysia dan Kawasan Bersebelahan dan juga Kajian Taksonomi Melastomataceae. Jurnal ini hanya boleh didapati dalam bahasa Inggeris.

Jurnal Muzium Persekutuan Jld. 27

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
134
Harga Jurnal/Prosiding
RM27
No Rujukan/ Reference No.
PJ011
Jenis Penerbitan

Artikel dalam jurnal ini ditulis oleh beberapa orang pengarang . Kandungannya adalah tentang Isu, Masalah dan Hala Tuju Masa Hadapan dalam Prasejarah Awal Asia Tenggara; Pentingnya Getah sebagai Tanaman Kontan di sebuah Kampung Kenyah Swidden di Sarawak; Kajian tentang Malesian Vintaceae, I-IV; Kajian tentang Kumbang Lepuh di Malaysia (Coleoptera: Meloidae) dan juga Sistematik Dalam Genus Arborophila Hodgson. Jurnal ini hanya boleh didapati dalam bahasa Inggeris.

Hubungi Kami

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Jabatan Muzium Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut