Skip to main content
Please wait...

Pembetulan kepada laporan akhbar Berita Harian berkenaan Pameran Senjata Tradisional dan Kesaktian

Announcement
Adalah dimaklumkan bahawa tarikh lanjutan bagi Pameran Senjata Tradisional: Misteri & Kesaktian seperti yang disiarkan di dalam akhbar Berita Harian (Edisi Sentral) yang bertarikh pada 3, 4 dan 5 Mei 2010 di dalam ruangan Info adalah tidak betul. Kepada orang ramai yang telah membaca info tersebut diminta supaya mengabaikan maklumat yang disiarkan.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Bahagian Komunikasi Korporat.

Segala kesulitan amat dikesali.

Waktu Operasi Muzium di sepanjang Bulan Ramadhan 2010 (1431 Hijrah)

Announcement
Sukacita dimaklumkan bahawa muzium-muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia (JMM) yang beroperasi daripada jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang telah dipendekkan waktunya kepada jam 9.00 pagi hingga jam 5.30 petang di sepanjang bulan Ramadhan. Muzium-muzium yang terlibat adalah :-
 
1) Muzium Negara, Kuala Lumpur.
2) Muzium Tekstil Negara, Kuala Lumpur.
3) Muzium Automobil Nasional, Sepang.
4) Muzium Lukut, Negeri Sembilan
5) Muzium Kota Kuala Kedah, Kedah.
 

Pameran Keindahan Koleksi Islam, Muzium Negara

Highlights
Banner Pameran Keindahan Koleksi Islam, Muzium Negara
Tarikh pameran: 18 Disember 2009 - 14 Februari 2010
Tempat: Muzium Negara
 
Dunia Islam menyumbangkan pelbagai aspek dalam ketamadunan manusia seperti perubatan, senibina, kesusasteraan, astronomi dan sebagainya termasuk kesenian. Hasil pengembangan agama Islam ke seluruh dunia, maka asimilasi antara kebudayaan tempatan yang diadun dengan perintah dan ketaatan kepada penciptaNya telah mewarnai salah satu bidang penciptaan budaya material termasuk artifak-artifak.
 

Pameran Permainan Tradisional Masa Lapang - Jom Main!

Tarikh: Pameran Permainan Tradisional Masa Lapang - Jom Main! di Muzium Negara dilanjutkan sehingga 30 November 2009.
Tempat: Dewan Tengah Muzium Negara
Masa: 9.00pagi - 6.00petang
 
 
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya yang diwarisi dari masyarakatnya yang berbilang kaum. Di antaranya termasuklah permainan tradisional yang merupakan sebahagian dari warisan budaya seluruh masyarakat Malaysia. Permainan tradisional ini secara umumnya dimainkan oleh kanak-kanak manakala segelintir bentuk permainan adalah khusus bagi golongan dewasa. Kanak-kanak dari pelbagai kaum dan keturunan berkongsi melakukan aktiviti masa lapang yang menjadi kegemaran mereka secara bersama menjadikan permainan tersebut menjadi milik bersama masyarakat negara ini.
 

Larangan Merokok di Premis Kerajaan

Berdasarkan Senarai Kawasan Larangan Merokok yang diwartakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2004 dan 2008, frasa “di mana- mana kawasan premis Kerajaan” telahpun dimasukkan ke dalam Peraturan- peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 [P.U.(A)324/2004] dan Peraturan- peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008 [P.U.(A)315/2008]. Sesiapa yang didapati bersalah kerana melanggar peraturan ini boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti didenda sehingga RM10,000 atau dipenjara sehingga dua tahun.

Hubungi Kami

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Jabatan Muzium Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut