Program Bermalam di Muzium Negara (Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-51)
- Read more about Program Bermalam di Muzium Negara (Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-51)
- Add new comment

Latar belakang Program
Sempena meraikan sambutan Kemerdekaan Negara yang ke-51, Muzium Negara akan menganjurkan program Bermalam di Muzium Negara. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang peranan institusi Muzium khususnya Muzium Negara sebagai sebuah pusat rujukan dan pendidikan yang menarik untuk dilawati. Justeru, program seumpama ini dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali dan mendekati muzium seterusnya memantapkan kefahaman bahawa Muzium bukanlah sebuah bangunan usang yang menyimpan barang-barang lama tetapi sebaliknya sebuah institusi pendidikan yang melaksanakan tanggungjawab memulihara, memelihara dan mempamerkan berbagai koleksi artifak sejarah dan kebudayaan yang amat bernilai dan seterusnya menyumbang ke arah pembangunan negara bangsa.