• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Pameran Tenun Pahang Diraja

Anda di sini

Anda di sini

 

Pengenalan

Tenun Pahang Diraja atau asalnya dipanggil Tenun Pahang merupakan kain tenunan dengan ragam hias, motif dan teknik pembuatannya yang unik. Nama ini amat bertepatan dengan nilai martabatnya yang tinggi kerana didokongi oleh keluarga diraja Pahang, bermula dari DYMM Tengku Ampuan Meriam dan kemudian disambung oleh KDYTM Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah. Keperihatinan Tunku Hajah Azizah terhadap warisan Tenun Pahang telah melahirkan ramai bakat baru dalam seni tenunan ini sehingga tercetusnya Institusi Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Afzan. Tenun Pahang diangkat martabatnya ke peringkat yang lebih agung apabila secara rasminya mendapat pengiktirafan “diraja” pada tahun 2006 bagi menjadikan tekstil ini lebih eksklusif dan istimewa. Tenun Pahang Diraja yang pada asalnya merupakan busana diraja, pembesar dan bangsawan kini merupakan produk ‘versatile‘ yang ditenun pelbagai reka corak dengan mengekalkan ciri tradisionalnya untuk dijadikan sampin, kain pasang, baju, produk cenderamata korporat, hiasan dalaman dan juga aksesori.
 

Aktiviti sampingan

  1. Demonstrasi menenun & mencanting batik.
  2. Jualan produk tekstil.
  3. Festival fesyen Kuala Lumpur.
  4. Jualan buku, majalah & novel.
  5. Demonstrasi permainan tradisional.

Kemas kini terakhir: 26 April 2024 - 11:48am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources