• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Pameran Permainan Tradisional Masa Lapang - Jom Main!

Anda di sini

Anda di sini

Tarikh: Pameran Permainan Tradisional Masa Lapang - Jom Main! di Muzium Negara dilanjutkan sehingga 30 November 2009.
Tempat: Dewan Tengah Muzium Negara
Masa: 9.00pagi - 6.00petang
 
 
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya yang diwarisi dari masyarakatnya yang berbilang kaum. Di antaranya termasuklah permainan tradisional yang merupakan sebahagian dari warisan budaya seluruh masyarakat Malaysia. Permainan tradisional ini secara umumnya dimainkan oleh kanak-kanak manakala segelintir bentuk permainan adalah khusus bagi golongan dewasa. Kanak-kanak dari pelbagai kaum dan keturunan berkongsi melakukan aktiviti masa lapang yang menjadi kegemaran mereka secara bersama menjadikan permainan tersebut menjadi milik bersama masyarakat negara ini.
 
Pameran PERMAINAN TRADISIONAL MASA LAPANG membawa kita mengimbas kembali kemeriahan permainan tradisional ini yang semakin dilupakan oleh generasi muda masa kini. Selain itu, pameran ini juga diharapkan dapat membantu usaha untuk menyemai kembali rasa cinta terhadap permainan tradisional yang menjadi warisan budaya di kalangan seluruh masyarakat Malaysia sejak sekian lamanya.

Kemas kini terakhir: 24 April 2024 - 10:33am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources