01 Ogos 2014 - 9:51 pm

Pameran “Alam Akuatik – Penyu dan Spesies Terancam di Malaysia”

Poster Pameran Spesis Terancam Jabatan Perikanan Malaysia

Pameran Alam Akuatik – Penyu dan Spesis Terancam di Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia

Tempat : Dewan Tengah, Muzium Negara.

Tarikh : 15 - 29 November 2008

Pameran “Alam Akuatik – Penyu dan Spesis Terancam di Malaysia” merupakan pameran yang memberi kesedaran kepada orang ramai, pelajar sekolah dan nelayan mengenai penyu dan spesis terancam di Malaysia.

Pameran ini diadakan di Galeri Tengah, Muzium Negara bermula dari 15 November 2008 hingga 30 November 2008. Orang ramai yang berkunjung ke pameran ini berpeluang melihat dengan dekat hidupan akuatik seperti anak penyu, kuda laut, kima, gamat, ikan kelisa, Arowana, Temoleh dan pelbagai spesis lain yang dipamerkan dalam akuarium.

Selain hidupan akuatik, pengunjung juga dapat menyaksikan rangka Yu Paus bersaiz gergasi, Ikan Lumba-lumba serta Dugong juga dibawa khas oleh Jabatan Perikanan Malaysia untuk tatapan umum. Selain pameran, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah lumayan dengan menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia di sepanjang program pameran ini berlangsung. Gerai-gerai jualan produk perikanan dari seluruh Malaysia juga akan dibuka untuk orang ramai bermula dari 15 November 2008 hingga 18 November 2008 di ruang legar Muzium Negara.

Selain itu, seminar khas tentang kesedaran memulihara penyu dan spesis terancam juga akan diadakan di Auditorium Jabatan Muzium Malaysia pada 18 November 2008 bermula jam 11.00 pagi dan penyertaannya dibuka kepada orang ramai secara percuma. Kunjungilah Muzium Negara di musim cuti sekolah ini untuk menyaksikan kehebatan pameran berkonsepkan kesedaran dan pendidikan yang amat sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

LampiranSaiz
Pameran-Spesis-Terancam_s.jpg46.13 KB
Your rating: Tiada Average: 2 (1 vote)