• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Prinsip-prinsip Asas KMK

Anda di sini

Prinsip-prinsip Asas KMK

KMK adalah berdasarkan kepada prinsip-prinsip asas seperti berikut:

a. Pekerja-pekerja diiktirafkan sebagai sumber yang paling bernilai disamping lain-lain sumber pengurusan;
b. Memajukan pekerja sebagai ahli jabatan/pejabat yang berguna;
c. Penyertaan dan sokongan dari semua peringkat;
d. Bekerja secara berkumpulan;
e. Kreativiti sentiasa digalakkan; dan
f. Projek adalah berkaitan dengan tugas-tugas harian.

Faedah-faedah daripada KMK

Terdapat banyak faedah yang boleh diperolehi hasil dari pelaksanaan KMK. Di antaranya ialah:

a. Mengeratkan perhubungan di antara pekerja dan pengurusan;
b. Memupuk kerjasama di kalangan pekerja;
c. Memberi kepuasan bekerja;
d. Menambah dorongan untuk bekerja;
e. Memberi keyakinan mengenai kebolehan diri sendiri;
f. Mengasah bakat kepimpinan di kalangan pekerja-pekerja;
g. Menggalakkan daya kreativiti di kalangan pekerja; dan
h. Memperbaiki sistem dan cara kerja.

Pelaksanaan KMK

Syarat-syarat yang diperlukan bagi melaksanakan KMK ialah:

a. Pewujudan struktur KMK;
b. Latihan yang berkesan; dan
c. Sistem pengiktirafan yang berkesan.

Struktur KMK

Struktur KMK yang sedang diamalkan sekarang mengandungi komponen-komponen berikut:

a. Jawatankuasa Pemandu KMK;

Jawatankuasa Pemandu ialah sebuah jawatankuasa yang merangka dasar pelaksanaan KMK dan memberi pertimbangan serta keputusan kepada cadangan-cadangan penyelesaian masalah yang dikemukakan oleh KMK.

b. Fasilitator;

Fasilitator adalah terdiri dari ketua-ketua Bahagian atau pekerja-pekerja yang dipilih oleh pihak pengurusan. Fasilitator ini adalah bertanggungjawab untuk satu KMK atau lebih. Peranan fasilitator adalah seperti berikut:

i. Berhubung dengan semua peringkat pengurusan dan mendapat
sokongan dan bantuan mereka;
ii. Memberi latihan kepada ketua-ketua Kumpulan dan membantu
melatih ahli-ahli Kumpulan apabila diperlukan;
iii. Mengekalkan suasana yang terbuka dan menyokong (supportive);
iv. Memastikan bahawa Kumpulan akan menumpukan aktiviti-
aktiviti mereka terhadap masalah-masalah yang berkaitan dengan
kerja mereka;
v. Sebagai orang tengah dalam penyelesaian masalah;
vi. Sebagai pakar rujuk kepada Kumpulan;
vii. Mengesan kemajuan Kumpulan; dan
viii. Menilai hasil program serta kos dan melaporkan kepada pengurusan.

c. Ketua Kumpulan;

Ketua Kumpulan yang terdiri dari ketua-ketua Unit atau pekerja- pekerja yang dipilih mempunyai peranan seperti berikut:

i. Melatih ahli-ahli mengenai teknik penyelesaian masalah dengan
bantuan fasilitator di mana perlu;
ii. Bertanggungjawab terhadap kelancaran aktiviti-aktiviti Kumpulan
dan memupuk semangat kerjasama dan harmoni;
iii. Membantu Kumpulan menyimpan rekod dan membuat persediaan bagi persembahan pengurusan;
iv. Mengelolakan mesyuarat dengan teratur dan berkesan;
v. Menunjukkan minat dan sokongan kepada Kumpulan;
vi. Menggalakkan pekerja-pekerja lain menjadi ahli;
vii. Membantu ahli-ahli menyelesaikan masalah-masalah; dan
viii. Menguatkuasakan disiplin bekerja secara berkumpulan.

d. Ahli-ahli KMK

Ahli-ahli KMK yang dipilih memainkan peranan seperti berikut:

i. Menghadiri mesyuarat secara tetap;
ii. Menumpukan usaha menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja;
iii. Mengenalpasti masalah-masalah, menyumbangkan idea-idea, menjalankan penyelidikan dan penyiasatan (dimana perlu) dan membantu Kumpulan ke arah penyelesaian masalah-masalah; dan
iv. Menyertai persembahan pengurusan.

Bahasa Melayu

Kemas kini terakhir: 6 Mei 2025 - 8:33pm

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources