• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK)

Anda di sini

Anda di sini

Konsep KMK

Definisi

KMK adalah sekumpulan kecil pekerja-pekerja (6-10 orang) daripada unit kerja yang sama yang bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih dan menganalisis masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja mereka. Kumpulan ini mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan. Seterusnya, mereka melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan.

Falsafah

Falsafah KMK adalah berdasarkan kepada konsep pengurusan secara penyertaan dan kemanusiaan. Pengurusan secara kemanusiaan bermakna pengurusan yang mementingkan manusia dan perasaan mereka. Ini adalah kerana manusia merupakan aset yang terpenting dalam sesebuah jabatan/pejabat. Pengurusan secara penyertaan pula bermakna bahawa tiap-tiap pekerja tidak kira kedudukannya dalam organisasi diberi peluang untuk memberikan sumbangan yang bermakna kepada jabatan/pejabat.

KMK merupakan satu mekanisme di mana pekerja-pekerja boleh menyertai dalam proses penyelesaian masalah demi meningkatkan lagi kualiti dan produktiviti jabatan/ pejabat mereka.

Matlamat

Matlamat KMK adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti kerja
melalui:

a. Kebolehan menyelesaikan masalah di kalangan pekerja;
b. Semangat bekerja secara berkumpulan;
c. Penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja yang positif;
d. Penglibatan dan minat terhadap kerja;
e. Dorongan kerja yang tinggi; dan
f. Kesedaran tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan, jabatan/pejabat dan negara.

Bahasa Melayu

Kemas kini terakhir: 30 April 2025 - 8:09am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources