• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Muzium Perak

Anda di sini

Anda di sini

[bg|watermarked/muziumperak-w]

Muzium ini merupakan muzium yang tertua di Semenanjung Malaysia. Ia terletak di bandar Taiping, kira-kira 85 km dari Ipoh, ibu negeri bagi negeri Perak. Ia juga berhampiran dengan Penjara Taiping dan lebih kurang 1.5 km dari pusat bandar.

Kebanyakkan koleksi terawal muzium ini adalah bahan-bahan etnologi dan antropologi. Kemudian, koleksi geologi, botani dan entamobologi menjadi spesimen tambahannya. Sehingga hari ini, jumlah koleksi terkumpul adalah sebanyak 8,474 dan terdiri daripada 5,074 koleksi kebudayaan, 523 koleksi alam semulajadi dan 2,877 lain-lain koleksi yang termasuk bahan-bahan arkeologi.

Muzium Perak yang kaya dengan bahan koleksi etnologi, sejarah, alam semulajadi, arkeologi dan etamobologi yang sebahagiannya diklasfikasikan sebagai koleksi nadir (rare) berusia lebih seratus tahun seperti spesimen binatang jenis benturong dan pulasan, tengkorak dan berpuluh kerangka binatang serta tembikar jenis perasapan yang kini hampir pupus atau sukar ditemui. Kebanyakan kolekis atau artifak ini diperagakan dalam empat galeri utama muzium yang ditempatkan di dalam bangunan berusia hampir 120 tahun yang dibina tahun 1883 berkonsep senibina British kuno jenis Art Dico.

Koleksi dan Galeri


Galeri Alam Semulajadi memaparkan pelbagai jenis spesimen haiwan, burung, ikan, siput dan herberium yang dimasukan ke dalam peti-peti pameran yang juga unik berusia lebih seratus tahun, di samping ditempatkan ke dalam pelbagai jenis diorama yang merakamkan satu kaedah persembahan ala British dan mengekalkan suasana habitat haiwan yang menarik penuh dengan unsur estatika yang agung.

Galeri Kebudayaan pula banyak memperagakan koleksi ataupun artifak daripada pelbagai jenis kerja perusahan pertukangan, kraftangan dan anyaman masyarakat Malaysia khususnya negeri Perak seperti tekatan yang unik diantaranya telah dihasilkan bonda seorang Sultan Perak. Anyaman tudung saji, tikar pandan dan mengkuang dan termasuk bakul amat halus hasil kerja tangannya, di samping unik, indah, menarik dan kaya dengan nilai-nilai estatika yang semankin sukar diperolehi dekad ini.

Galeri Orang Asli dan Tembikar pula kaya dengan koleksi atau artifak. Perak yang merupakan salah sebuah negeri yang banyak dihuni oleh masyarakat Orang Asli daripada keturunan Melayu Proto, Senoi dan Negroto. Galeri Orang Asli di muzium ini merupakan sebuah jendela ke arah memperlihatkan kehebatan kerja tangan masyarakat ini seperti kehebatan mereka menghasilkan pakaian daripada kulit kayu, banyak menghasilkan alat permanian muzik tradisional di samping kehebatan hasil ukiran dan senikraf seperti patung dan topeng yang banyak diadaptasikan dalam upacara perubatan dan magik.

Tembikar yang diperagakan oleh muzium adalah hasil perusahan tembikar tradional yang meliputi labu, geluk, belanga, pasu pucung, buyung, kukusan dan perasapan yang berusia lebih 100 tahun.
Selain itu muzium juga menganjurkan pameran bergerak khususnya ke sekolah-sekolah sekitar Bandar Taiping dan Bandar-bandar lain yang berdekatannya yang kebiasaanya dilakukan di atas permintaan pihak sekolah yang berminat. Di antara tajuk-tajuk yang ditrampilkan ialah Pameran Kegemilangan Bandar Taiping dan Kesultanan Perak.

Hari & Masa Lawatan

Isnin hingga Ahad : 9 pagi hingga 5 petang
Di buka pada setiap hari kecuali Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji

Bayaran Masuk

Percuma

Pegawai untuk dihubungi

Puan Norhanisah bt. Ahmad - Kurator
En. Sahabudin Md Isa - Penolong Kurator

Alamat

Jalan Taming Sari,
Taiping, 34000 Perak
Tel : +605 807 2057
Fax : +605 806 3643

Kemudahan Pengangkutan

Dengan bas:
Naiki bas bandar dari Terminal Bas Taiping
Dengan teksi:
Naiki teksi dari Terminal Bas Taiping.
Untuk perkhidmatan boleh dihubungi talian:
+605 808 1691 atau +6019 569 6182.
Tambang sebanyak RM5.00.

Kemudahan Penginapan

1. Hotel Seri Malaysia
Tel : +605 806 9502
Faks: +605 806 9495

2. Hotel Panorama
Tel : +605 808 4111
Faks: +605 808 4120

Tempat-tempat menarik berhampiran

1. Zoo Taiping
2. Tasek Taiping

Kemudahan lain

Surau, tempat letak kereta, perpustakaan, lawatan berpandu, VIPs dan orang kenamaan, lawatan biasa, penyelidikan

Laman Web

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.museumperak.gov.my

Peta Lokasi

View Muzium Perak in a larger map

Bahasa Melayu

Kemas kini terakhir: 23 April 2024 - 10:21am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources