-A +A

Current Theme: Standard

Wilayah Tengah

Muzium Perak

Muzium ini merupakan muzium yang tertua di Semenanjung Malaysia. Ia terletak di bandar Taiping, kira-kira 85 km dari Ipoh, ibu negeri bagi negeri Perak. Ia juga berhampiran dengan Penjara Taiping dan lebih kurang 1.5 km dari pusat bandar.

Kebanyakkan koleksi terawal muzium ini adalah bahan-bahan etnologi dan antropologi. Kemudian, koleksi geologi, botani dan entamobologi menjadi spesimen tambahannya. Sehingga hari ini, jumlah koleksi terkumpul adalah sebanyak 8,474 dan terdiri daripada 5,074 koleksi kebudayaan, 523 koleksi alam semulajadi dan 2,877 lain-lain koleksi yang termasuk bahan-bahan arkeologi. Read more »

Muzium Arkeologi Lenggong

Muzium Arkeologi Lenggong atau dikenali sebagai Muzium Arkeologi Kota Tampan terletak di sebuah kawasan bekas ladang Kelapa Sawit di Kampung Kota Tampan, Mukim Temelong, Lenggong dan berada dalam Daerah Hulu Perak iaitu 8 km ke selatan dari Pekan Lenggong dan 2 km dari jalan raya Kuala Kangsar - Grik.
Keluasan keseluruhan kawasan Muzium ini di anggarkan seluas 8.16 ekar dan yang telah dibangunkan seluas 2 ekar dengan 2 blok bangunan yang mempunyai 2 Galeri Pameran, Pejabat, Bilik Audio Visual, Bilik Mesyuarat dan Bilik Penyelidikan.

Muzium Arkeologi Lenggong ditubuhkan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti dibawah Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dibina pada tahun 1999 dan siap pada tahun 2000 serta telah dibuka untuk kunjungan awam pada tahun 2001 dengan menyediakan pameran sementara. Kerja-kerja merekabentuk dalaman dan pengisian bermula pada tahun 2001 dan siap pada 2003. Read more »

Kompleks Sejarah Matang

Kompleks Sejarah Matang(dahulunya dikenali sebagai Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim) yang terletak di Bukit Gantang, Matang (dulu Permatang), Perak, telah dibina oleh Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan adalah anak kepada Cek Long Jaffar orang Melayu pertama tahun 1840 membuka perusahaan lombong bijih timah di kawasan Larut, Matang dan Selama. Kompleks ini adalah merupakan sebuah bangunan yang beliau jadikan sebagai rumah, kota dan juga pusat pentadbiran Larut dan ditempatkan di kawasan seluas 0.8094 hektar. Bangunan ini dibina hanya menggunakan bahan-bahan yang terdiri daripada batu batan sahaja. Read more »

Sindiket kandungan