[bg|watermarked/muziumlukut-w] |
Muzium Lukut ini dibina oleh Jabatan Muzium Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Jabatan Muzium dan Antikuiti) dengan kerjasama kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus dengan tujuan untuk menyebarkan maklumat dan bukti sejarah mengenai Lukut khususnya.
Ia juga berperanan mengimbas kembali sejarah kegemilangan Lukut serta tokoh-tokohnya dalam peristiwa sejarah negara untuk ditatapi generasi seterusnya. Ia juga menjadi arena menonjolkan elemen-elemen penting pertalian Lukut dengan senario politik di sekelilingnya bagi memperlihatkan fungsi dan kehebatan Kota Lukut sebagai kubu pertahanan yang melambangkan keunikan senibina tamadun Melayu. Selain itu, muzium ini menjadi tempat memelihara dan mengumpul sejarah kebudayaan negara termasuk artifak, dokumen dan monumen serta lain-lain tinggalan Kota Lukut untuk terus dipelihara dan disimpan.
Projek pembinaan muzium ini bermula pada akhir tahun 1997 dan perasmiannya disempurnakan oleh Y.A.B. Dato' Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa bin Dato' Abdul Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan pada 9 April 1999.
Koleksi dan Galeri
Persembahan pameran terbahagi kepada tiga galeri. Pertamanya, Galeri Sejarah Lukut, keduanya, Galeri Budaya dan Adat, akhir sekali, Galeri Nassau. Muzium ini memperagakan pameran tetap dengan berbagai-bagai bahan termasuk bahan pameran yang dijelmakan dalam bentuk artifak, ilustrasi, gambar, model dan sebagainya.
Hari & Masa Lawatan
Dibuka setiap Isnin - Ahad 9.00 pagi- 6.00 ptg
Bayaran Masuk
Percuma
Pegawai untuk Dihubungi
En. Rosiswandy bin Mohd Salleh - Penolong Kurator
Alamat
Lot 730 Kota Lukut, Port Dickson, 71010 Negeri Sembilan
Tel : +606 651 2954
Fax : +606 651 5270
Kemudahan Pengangkutan
1. Dari terminal Bas Port Dickson ke Lukut dengan tambang bas RM1.80 dan tambang teksi RM2.50.
2. Dari terminal Bas Seremban ke Lukut dengan tambang bas sebanyak RM1.80 dan tambang teksi RM5.00.
Kemudahan Lain
- Tempat letak kenderaan percuma
- Kantin
- Tempat permainan kanak-kanak
- Tandas Awam
- Pondok rehat
- Surau
- Pentas mini
- Lawatan berpandu boleh diatur berdasarkan permohonan rasmi kepada pihak muzium
Peta Lokasi
View Muzium Lukut in a larger map
Versi mesra pencetak
- 5184 bacaan