• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Kompleks Bersejarah Chimney

Anda di sini

Anda di sini

[bg|watermarked/komplekssejarahchimney-w]

Terdiri daripada 2 komponen di tapak bersejarah Chimney, iaitu bangunan Pusat Informasi Chimney (PIC) dan Menara Chimney. PIC berfungsi sebagai sebuah muzium tapak yang mempamerkan sejarah awal Tanjung Kubong, sejarah perlombongan arang batu Labuan sejak 1847. Ia merupakan sebuah muzium tapak (site museums) yang siap dibina pada tahun 1999 di atas tapak yang dipercayai bekas penempatan pekerja lombong arang batu semasa era kepesatan perlombongan sumber berkenaan di Labuan di antara 1847 hingga 1911. Chimney pula merupakan monumen penting di Labuan sebagai bukti peninggalan aktiviti perlombongan arang batu di Tanjung Kubong yang telah berusia lebih seabad. Dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai 'Punil', ia adalah mercu tanda bersejarah terkenal di WPL.

Fungsi sebenar Menara Chimney masih belum dapat dipastikan walaupun banyak andaian tentangnya. Ramai menyangka ia adalah tempat pengalihan udara untuk terowong bawah tanah, tetapi kerja-kerja ekskavasi mendedahkan tidak terdapat sebarang struktur terowong di bawahnya. Juga tidak mungkin sebuah cerobong asap seperti namanya kerana tidak dijumpai sebarang kesan pembakaran pada dinding sebelah dalam. Sebahagian menyatakan ia adalah rumah api berdasarkan pada dinding sebelah dalam. Sebahagian menyatakan ia adalah rumah api berdasarkan kedudukannya di tanah tinggi dan pernah terdapat sebuah pelabuhan di kawasan Lubuk Temiang suatu ketika dahulu. Cerita tempatan pernah menyebut ia sebagai sebuah Menara Loceng untuk memaklumkan ketibaan kapal.

Hari & Masa Lawatan

Isnin-Ahad: 9.00pagi -5.00petang
Ditutup pada Hari Pertama Raya Puasa dan Haji

Bayaran Masuk

Percuma

Pegawai untuk dihubungi

Cik Sitti Rabia Abd. Rahman - Pengarah
Pn. Alice Jipius - Ketua Unit Kompleks Sejarah Chimney

Alamat

Kompleks Sejarah Chimney,
Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan,
Jalan Lubok Temiang,
87088 WP Labuan

Kemudahan Pengangkutan

Bas No. 6
Tempat-tempat Menarik Berhampiran:
Taman Burung Labuan, Pusat Peranginan Batu Manikar, Tapak Terowong Bekas Perlombongan Arang Batu, Pantai Batu Manikar, Pantai Pohon Batu, Pancur Hitam, Taman Damai, Layang-layangan.

Kemudahan Lain

Tempat meletak kenderaan, tandas awam, perhentian bas, gerai makanan, lawatan berpandu

Peta Lokasi

View Muzium Chimney in a larger map

Bahasa Melayu

Kemas kini terakhir: 9 Disember 2024 - 10:32am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources