Burung Dendang Laut Coklat (Sula leucogaster) merupakan spesies burung laut yang berasal dari wilayah tropika di kawasan Lautan Atlantik, Lautan Pasifik dan Lautan India. Penemuan awal spesies ini di Semenanjung Malaysia ada direkodkan di Pulau Langkawi dan Pulau Jarak di Perak serta Rumah Api Pulau Pisang di Johor. Menariknya tiada penemuan spesies Burung Dendang Laut Coklat di kawasan pantai timur Malaysia.
Pinggan kecil dihiasi dengan ukiran motif flora berwarna emas di seluruh permukaan. Diperolehi dari Lady Vera Seton Swettenham.
Koleksi ini digunakan sebagai alat mendukung bayi yang kebiasaannya digunakan oleh masyakar Orang Ulu di Sarawak. Koleksi diperbuat dari rotan dan dihiasi dengan sulaman manik yang berwarna-warni, siput kecil dan taring haiwan seperti taring beruang dan babi hutan.
Topi besi ‘Kolah’ yang digunakan pada abad ke-18 di Parsi berbentuk separuh spera. Topi besi ‘ Kolah’ ini dilengkapi dengan sepasang tanduk, telinga dan soket yang di olah begitu halus seolah olah di atas mahkota.
Celepa ini diperbuat daripada Perak dan digunakan untuk mengisi rokok dan tembakau. Bermotifkan sulur kacang , ukiran tebuk timbul dan geometrik serta mengunakan teknik pahat.
Mangkuk tempurung kelapa, dengan reka bentuk bunga halus. Asas mangkuk adalah tempurung kelapa dengan corak berbentuk kerang diukir di bawah satu lingkaran terpisah dan dilekatkan ke bawah mangkuk dengan menggunakan empat "paku kayu". Penutup tempurung kelapa dengan motif bunga halus. Disediakan dengan pemegang, corak daun, di bahagian tengah penutup.
Satu set perasapan yang mempunyai 3 buah perkakas yang dihiasi dengan tulisan Arab serta corak floral yang diperbuat di China untuk Muslim pada zaman Dinasti Ching akhir abad ke 19.
Kain Lepas dari benang sutera merah.Badan kain berjalur berdiri dengan benang emas corak tenggarung dengan motif bunga renik dan kedua-dua punca bermotif bunga kenanga, lawi ayam, gigi yu dan sirip ikan.Kain istiadat kerabat Diraja dari Terengganu pada sekitar tahun 1900.
Jebak Puyuh berbentuk sangkar separuh bulatan dengan tapak rata, dan mempunyai mekanisma jerat bagi memerangkap burung puyuh liar. Berasal dari Kelantan dan menggunakan motif Langkasuka. Motif bunga tanjung turut di gunakan pada kedua-dua belah pintu jebak puyuh.
Replika seekor burung pipit yang digunakan sebagai penyangkut kain selepas upacara berkhatan. Replika ini diperbuat daripada emas dengan lorekan seperti bulu-bulu di atas badannya dan berasal dari Kelantan sekitar tahun 1800.
Teko bertanda pemerintahan Chien Lung, China (1736-1796).Teko ini berasal dari Turki pada awal kurun ke – 18. Terdapat potongan ayat yang bertulisan khat dan membawa erti “kerja-kerja kebaikan mengangkat martabat seseorang”. Teko ini dihiasi dengan motif flora.