• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Glosari

Anda di sini

Anda di sini

A

Antikuiti                  

Merupakan objek/barang purba seperti bangunan atau karya-karya seni yang lazimnya berusia lebih dari 100 tahun atau dalam usia masa tertentu.

Antropologi                  

Merupakan kaji manusia iaitu dari segi perkembangan fizikal, budaya, ras, adat resam, agama, kepercayaan, ekonomi, seni  dan sebagainya.

Arkeologi                  

Merupakan kaji purba menge­nai asal-usul sesuatu kebudayaan (terutamanya kebudayaan manusia prasejarah) dengan cara-cara penggalian dan penghuraian kesan-kesan tinggalan prasejarah; ahli ~ orang yang pakar dalam bidang arkeologi.

Arkib                          

Merupakan kumpulan rekod yang disimpan dan juga tempat menyimpan rekod umum dan dokumen-dokumen sejarah sesebuah negara.

Artifak                 

Peralatan atau barang-barang buatan manusia peninggalan sesuatu zaman dahulu. Contoh; tembikar,senjata dan duit kijang emas

 

B

Bahan Organik         

Merupakan bahan yang berasaskan karbon dan sumbernya adalah daripada tumbuhan dan haiwan. Bahan organik mudah menyusut dan dirosakkan oleh serangga (perosak). Contoh; rotan, kayu, bulu dan kulit.

Bahan Bukan Organik        

Merupakan bahan yang terdiri daripada campuran mineral dan tidak terbentuk hasil daripada pertumbuhan semulajadi organisma hidup. Contoh; logam dan batu.           

 

C

Casting         

Berasal daripada bahasa Inggeris cast yang bermaksud acuan. Casting merupakan proses membuat sesuatu leburan untuk mendapatkan hasil leburan yang dikehendaki dan dituangkan ke dalam  sesuatu acuan yang dikehendaki.

 

D

Deteriorasi         

Berasal dari Bahasa Inggeris deterioration yang bermaksud kemusnahan atau kerosakan sesuatu objek

Diorama         

Berasal dari bahasa Inggeris. Merupakan model skala atau binaan kecil sesebuah set yang direka  untuk menunjukkan situasi atau gambaran sebenar.

Dokumentasi        

Berasal dari Bahasa Inggeris documentation yang bermaksud himpunan atau kumpulan dokumen  yang boleh berbentuk rakaman, dokumen bertulis, catatan tokoh dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut digunakan dalam sesuatu kajian dan boleh dijadikan rujukan.

 

E

Etnologi        

Berasal dari Bahasa Inggeris ethnology yang bermaksud salah satu cabang dalam kajian antropologi yang mengkaji rumpun, suku, kumpulan bagi sesuatu bangsa manusia dari aspek budaya dan perhubungannya antara bangsa lain

 

Ekskavasi        

Berasal dari Bahasa Inggeris excavation  yang bermaksud kegiatan cari gali yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat dan fakta sejarah tentang batuan, artifak dan sebagainya pada zaman dahulu.

 

F

Fabrik         

Berasal dari bahasa Inggeris fabric yang bermaksud kain yang dibuat daripada benang dengan cara menenun.

Fauna                 

Berasal dari bahasa Greek dan merupakan istilah yang digunakan oleh ahli zoologi yang bermaksud binatang atau haiwan.

Flora                 

Berasal dari bahasa Latin dan merupakan istilah di dalam bidang botani yang bermaksud tumbuh-tumbuhan.

 

G

Galeri                 

Berasal dari bahasa Inggeris gallery yang bermaksud ruang/bilik/bangunan/ yang memperagakan/mempamerkan pameran atau karya-karya seni.

Geologi        

Berasal dari bahasa Greek yang bermaksud kajian sains tentang asal usul, sejarah, struktur dan komposisi bumi atau dikenali juga sebagai kaji bumi.

 

H

Hoabinhian

Merupakan zaman prasejarah  atau zaman batu yang dikenali juga sebagai zaman Epi-Paleolitik. Zaman ini memperlihatkan penggunaan serpihan batu untuk kegunaan harian.

 

I

Inventori        

Berasal dari Bahasa Inggeris inventory yang bermaksud senarai terperinci barang-barang yang terdapat di tempat tertentu (pejabat, kedai,galeri,stor dan lain-lain)

 

Island showcase         

Berasal dari bahasa Inggeris yang bermaksud pameran atau pertunjukkan barang-barang yang diletakkan dalam almari kaca dan diletakkan di tengah-tengah ruang pameran galeri.

 

K

Kapsyen        

Berasal dari Bahasa Inggeris caption . Merupakan keterangan bagi sesuatu gambar atau barangan yang dipamerkan. Contoh; keterangan untukmural Hang Tuah yang terdapat di muzium.

Katalog        

Berasal dari Bahasa Inggeris catalogue. Merupakan butiran senarai yang lengkap, biasanya mengikut abjad, berserta catatan dan imej  tentang perinciannya.

 Khazanah         

Merupakan barang-barang kepunyaan, harta benda, kumpulan (himpunan) sesuatu atau tempat menyimpan harta benda

Koleksi        

Hasil pengumpulan daripada pelbagai jenis barangan. Misalnya hasil barangan yang dikumpul daripada tapak sejarah seperti artifak, fosil dan sebagainya.

Konservasi         

Pemeliharaan atau penjagaan bahan-bahan koleksi secara tersusun bagi mengatasi kerosakan atau musnah

Konservasi Preventif         

Tindakan yang dilakukan bagi menghalang pelapukan semulajadi objek akibat keadaan persekitaran seperti suhu, kelembapan, cahaya dan juga perosak (serangga, fungus dan pencemaran udara)

Konservasi Kuratif         

Tindakan yang diambil untuk merawat objek yang mengalami proses deteriorasi. Perkara tersebut dilakukan untuk tujuan menghentikan atau merencatkan proses deteriorasi ke atas objek.

Konservator         

Pegawai yang bertanggungjawab  memelihara atau menjaga sesuatu barangan secara tersusun bagi mengatasi kerosakan atau musnah.

Kosmologi        

Satu bidang ilmu tentang alam semesta yang menumpukan perhatian kepada persoalan tentang asal usul kewujudan alam semesta, elemen-elemen yang terkandung dalamnya, hubungan antara elemen-elemen tersebut dan pelbagai perkara lain yang secara langsung atau tidak mempunyai kaitan dengan alam semesta.

Kurator        

Pegawai yang bertanggungjawab menyelenggara koleksi di muzium. Contoh; bertanggungjawab untuk menguruskan sesuatu pameran dengan menitikberatkan segala asal usul koleksi tersebut.

 

L

Label                  

Keterangan pendek tentang sesuatu objek atau artifak yang terdapat dalam ruang pameran di galeri.

Linguistik         

Merupakan kajian tentang bahasa.

Lukisan

Merupakan hasil melukis yang mempunyai keterangan dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bentuk gambaran.

 

M

Metamorf        

Sejenis batuan yang terbentuk di dalam bahagian kerak bumi apabila tekanan dan suhu yang tinggi di persekitarannya seterusnya mengubah atau menukarkan kandungan mineral-mineral di dalam batuan tersebut.

Morfologi         

Merupakan kajian yang terdapat dalam cabang Biologi yang berkaitan dengan bentuk dan struktur organisma.

Mould         

Merupakan acuan yang telah dibentuk.

Moulding        

Merupakan hasil acuan yang terbentuk daripada acuan (mould) tadi.

Muzium              

Merupakan institut yang bersifat tidak tetap, tidak mencari keuntungan, memberi khidmat kepada masyarakat dan perkembangannya, terbuka kepada umum, memperolehi, merawat, menghubungkan dan mempamerkan untuk tujuan pembelajaran, pendidikan dan hiburan, bukti-bukti tinggalan manusia dan persekitarannya.

 

P

Pameran        

Merupakan suatu pertunjukan barang-barang untuk tujuan menarik pengunjung untuk menyaksikannya. Contoh; pameran orang asli yang dianjurkan oleh Jabatan Muzium Malaysia.

Panel                  

Beberapa keping  kayu atau papan yang digunakan untuk menghias dinding dan biasanya digunakan untuk meletakkan teks atau huraian untuk sesuatu.

Pencahayaan        

Perbuatan mencahayakan dan memberi penyinaran dengan penggunaan alat dan perkakas yang mengeluarkan cahaya dan menghasilkan caha­ya yang sesuai untuk tujuan pameran dalam muzium.

Pendokumentasian                 

Merupakan usaha atau proses mengumpulkan atau menghimpun dokumen-dokumen yang telah digunakan dalam sesuatu kajian dan bahan tersebut boleh dijadikan rujukan.

Penerbitan        

Merupakan perbuatan menerbitkan atau menghasilkan buku, majalah dan lain-lain.

Pengawetan        

Satu proses untuk menjadikan sesuatu bahan kekal lama dan terpelihara.

Penstoran        

Merupakan proses menyimpan data-data penting, barang-barang sejarah dan lain-laian supaya tahan lama dan terpelihara.

Penyelidikan         

Suatu proses menyelidik sesuatu perkara mengikut kaedah-kaedah penyelidikan untuk merungkaikan hal, peristiwa dan menghuraikan sesuatu perkara tersebut terjadi.

Pemuliharaan

Merupakan proses atau usaha melindungi, memelihara serta memulihkan agar dapat digunakan selama-lamanya. Contoh; barang-barang yang terdapat di muzium dilindungi seperti artifak masa lalu daripada diancam oleh kerosakan dan pemusnahan.

Pemeliharaan

Pemeliharaan atau penjagaan sesuatu barangan secara tersusun dan mempunyai langkah-langkah penjagaannya bagi mengatasi kerosakan atau musnah.

Perolehan         

Merupakan sesuatu (barang, hasil dan lain-lain) yang diperoleh.

Preservasi         

Perkataan daripada bahasa Inggeris preservation yang bermaksud pemeliharaan sesuatu bahan untuk mengekalkan keasliannya.

Pribumi        

Asli dan asal usulnya adalah dari tempat tersebut.

Protosejarah        

Masa atau tempoh terdapatnya rekod sejarah yang bertulis tetapi masih lagi bergantung kepada bukti-bukti arkeologi untuk menghuraikannya dengan rekod semasa yang dipercayai ditemui di Britain.

 

R

Replika

Merupakan hasil salinan atau tiruan sesuatu barangan daripada barangannya yang asli. Contoh; replika kota A’ Famousa.

Repositori        

Merupakan suatu tempat untuk menyimpan barang. Contohnya adalah tempat menyimpan artifak warisan ataupun maklumat sejarah

Restorasi         

Merupakan poses rawatan, pemulihan dan pembaikan yang dilakukan bagi tujuan mengembalikan sesuatu objek kepada keadaan yang sediakala/asal dengan menggunakan bahan yang hampir sama dengan bahan asal.

 

S

Sedimen         

Bahan enapan atau mendapan seperti pasir, lumpur dan kelikir yang terjadi pada permukaan tanah dan hasil mendapan ini menghasilkan batuan. Contoh; sedimentary rocks.

Showcase        

Pameran atau pertunjukkan barang-barang yang diletakkan dalam almari kaca.

Sosiolinguistik 

Kajian bahasa dalam hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat.

Sosiologi        

Kajian tentang perkembangan, organisasi dan kehidupan dalam masyarakat manusia .

Stratigrafi        

Susun lapis batuan yang menjadi faktor perubahan muka bumi.

Seramik

Merupakan barang-barang yang diperbuat daripada tanah liat. Contoh; tembikar.

 

T

Teks                 

Merupakan satu set perkataan yang mengandungi keterangan atau ringkasan yang dijadikan rujukan. Contoh; keterangan yang terdapat pada pameran orang asli di Jabatan Muzium Negara.

Tekstil         

Merupakan bahan-bahan yang ditenun (kain putih, sutera)

Tekat

Merupakan sulaman pada kain. Contoh; sulaman emas yang terdapat pada kain songket.

Tembaga

Merupakan sejenis logam berwarna merah dan digunakan untuk membuat dawai yang juga dikenali sebagai kuprum.

Terminologi

Berasal dari bahasa Latin. Merupakan peristilahan iaitu tentang istilah dan penggunaannya. Contoh; peristilahan yang terdapat dalam bidang perubatan.

 

W

Warkah

Merupakan perkataan lain bagi surat.

Wall showcase

Pameran atau pertunjukkan barang-barang yang diletakkan dalam almari kaca

Warisan         

Harta peniggalan, harta pusaka dan juga sesuatu yang diwarisi.

 

Z

Zaman Logam        

Zaman ini dikategorikan sebagai zaman Gangsa dan zaman Besi berdasarkan bahan-bahan yang digunakan untuk kegiatan harian. Zaman ini merupakan titik perubahan bermulanya zaman teknologi baru dalam penggunaan peralatan harian dan senjata.

 

Zaman Mesolitik        

Merupakan peringkat zaman prasejarah iaitu pertengahan zaman batu iaitu antara zaman paleolitik dan neolitik.

Zaman Neolitik         

Merupakan pe­ringkat zaman prasejarah iaitu peringkat akhir zaman batu apabila manusia mula tinggal menetap, bercucuk tanam, ber­ternak, dan mengasah batu untuk dijadikan alat kegunaan seharian.

Zaman Paleolitik        

Merupakan pe­ringkat zaman prasejarah iaitu peringkat awal yang memperlihatkan penggunaan batu-batuan sebagai peralatan harian dan manusia zaman ini hidup berpindah randah.

Zaman Perm                  

Zaman ini menjelaskan tentang teori sains yang berkaitan dengan pembentukan muka bumi dan alam semula jadi yang menyumbang kepada perkembangan budaya manusia.

Zaman Prasejarah         

Merupakan zaman awal yang mana masa dan tempoh sebelum sejarah ditulis dan penulisan sejarahnya bergantung kepada hasil penyelidikan dan bukti-bukti arkeologi.

Zoologi                 

Kajian tentang haiwan, termasuk pengelasan, kehidupan, tabiat dan strukturnya.

Kemas kini terakhir: 26 April 2024 - 11:48am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources