• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Garis Panduan Pengurusan Keselamatan ICT Sektor Awam Malaysia (MyMIS)

Anda di sini

Anda di sini

MyMIS adalah satu panduan komprehensif untuk merancang, membangun, menyelenggara, mengurus dan melindungi maklumat sektor awam dan aset ICT lain yang berkaitan. MyMIS disediakan bagi melengkapkan inisiatif keselamatan ICT yang diambil oleh kerajaan sebelum ini iaitu melalui Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2000 bertajuk “Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan” dan Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2001 bertajuk “Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)”. MyMIS juga bertujuan sebagai rujukan dan standard amalan bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan dalam keselamatan ICT serta memperkemaskan operasi keselamatan dalaman sesebuah agensi sektor awam. Dengan ini, risiko yang tidak diingini dan insiden keselamatan ICT dapat dikurangkan. Buku panduan ini juga menerangkan beberapa elemen keselamatan ICT yang perlu diberi perhatian seperti aset-aset yang perlu dilindungi, ancaman, kelemahan, impak, risiko dan langkah-langkah keselamatan. MyMIS mengandungi lima bab seperti berikut: Maklumat lanjut: http://www.mampu.gov.my/images/Orang-Awam/MyMIS.pdf

Intranet: 

Kemas kini terakhir: 3 Mei 2024 - 1:04am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources