PENGENALAN
Dasar ini mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Jabatan Muzium Malaysia (JMM). Dasar ini juga menerangkan kepada semua pengguna di JMM mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT JMM.
OBJEKTIF
DKICT JMM diwujudkan untuk menjamin kesinambungan urusan pengoperasian dan pengurusan ICT JMM dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT JMM.
Objektif utama DKICT JMM ialah seperti berikut :-
- Memastikan kelancaran pengoperasian dan pengurusan ICT JMM dengan meminimumkan kerosakan atau kemusnahan;
- Melindungi kepentingan pihak-pihak yang bergantung kepada ICT JMM dari kesan kegagalan atau kelemahan dari segi kerahsiaan, integriti, kebolehsediaan, kesahihan maklumat dan komunikasi; dan
- Mencegah salah guna atau kecurian aset ICT Kerajaan.
Muat turun
Versi mesra pencetak
- 1266 bacaan