• Warna
  • | Saiz teks

Penerbitan

Anda di sini

Anda di sini

Penerbitan

Pengenalan

Penerbitan merupakan wahana penting bagi perkembangan ilmu dan tamadun yang dituntut oleh Negara Malaysia merangkumi warisan sejarah, budaya dan alam semulajadi. Melalui penubuhan Unit Penerbitan dan Dokumentasi, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dapat mengumpul dan menyebarkan warisan Negara kepada masyarakat Malaysia, amnya dan masyarakat pembaca di seluruh dunia khasnya, selari dengan matlamat, visi dan misi Jabatan.

Skop Penerbitan

Penerbitan di JMM merangkumi penerbitan konvensional dan elektronik dengan reka bentuk dan isi yang berkualiti untuk memenuhi keperluan pembaca serta memastikan bahawa judul-judul yang diterbitkan memanfaatkan pembacanya di samping memenuhi kehendak pembaca, seterusnya dapat memantapkan lagi pengetahuan mereka tentang warisan negara yang dimiliki dan membina jati diri yang unggul.

Justeru, Jabatan perlu mengenalpasti sasaran pembaca untuk semua jenis penerbitan mengikut bentuk yang ditetapkan iaitu penulisan ilmiah, semi ilmiah dan popular. Bahan tersebut akan ditetapkan bentuk percetakannya sama ada buku (meliputi bidang sejarah, sosio-budaya atau alam semulajadi negara), buku kecil, prosiding dan jurnal, bibliografi, indeks dan katalog, atau audio-visual (cd atau vcd).

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang penerbitan di Jabatan Muzium Malaysia, sila hubungi:

Puan Noraini bt. Basri

Emel: noraini.basri@jmm.gov.my

Unit Dokumentasi dan Penerbitan Jabatan Muzium Malaysia Jalan Damansara 50566 Kuala Lumpur Telefon : +603 - 2267 1000 samb. 233/280/249 Faks : +603 - 2282 1275

Bahasa Melayu

Kemas kini terakhir: 6 Ogos 2020 - 5:25pm

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources