• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Pameran Bidan

Anda di sini

Anda di sini

Pameran Bidan

Sebelum wujudnya sistem kesihatan yang moden, bidan merupakan figura yang begitu dihormati dalam komuniti tradisional kerana mempunyai ilmu dalam merawat penyakit dan terlibat secara langsung dalam mengendalikan proses kehamilan, kelahiran dan berpantang. Seiring dengan peredaran masa, bidan tradisional telah dinaiktaraf dengan pengenalan jururawat atau bidan terlatih di klinik dan hospital seluruh negara. 

Terokai lebih lanjut tentang sejarah dan amalan perbidanan tradisi sehingga proses perkembangan ilmu perbidanan yang moden dan sistematik pada hari ini melalui pameran ini.

Pameran Bidan merupakan jalinan kerjasama di antara Muzium Negara, Jabatan Muzium Malaysia dengan Bahagian Kejururawatan, Kementerian Kesihatan Malaysia bersempena sambutan Hari Bidan Sedunia pada 5 Mei 2023.

Kategori Acara: 
Tarikh Acara: 
Isnin, 1 Mei, 2023 - 09:00 sehingga Isnin, 31 Julai, 2023 - 17:00
Lokasi: 
Galeri 1, Jabatan Muzium Malaysia

Kemas kini terakhir: 24 April 2024 - 10:33am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources