• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

(BERITA HARIAN ONLINE) 70 Peratus Bangunan, Tapak Warisan Terancam di Kedah (26/10/2017)

Anda di sini

Anda di sini

MKKK1
SEBAHAGIAN pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Laksamana bergambar bersama Pengerusi Persatuan Sejarah Cawangan Kedah Datuk Wan Samsudin Wan Yusof (tiga belas, kanan) selepas melawat Tembok Kota Kuala Kedah yang berusia lebih 100 tahun pada Program Bicara@Muzium Pusat Pusat Pemerintahan Kesultanan Kedah di Muzium Kota Kuala Kedah hari ini.- Foto BERNAMA

 

ALOR SETAR: Kira-kira 70 peratus bangunan bersejarah dan tapak warisan di Kedah kini dalam keadaan terancam berdasarkan Indeks Bangunan Bersejarah dan Tapak Warisan Kebangsaan.

Pensyarah Bahagian Pusat Pengajian Bahasa Tamadun dan Falsafah Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Rohani Ab Ghani, berkata daripada 133 bangunan dan tapak warisan yang dikaji di negeri ini, hanya 30 peratus masih boleh dipulihkan dan dikembangkan.

"Sebanyak 70 peratus daripadanya rosak teruk dan dikhuatiri lenyap jika tiada tindakan diambil," katanya pada program Bicara@Muzium Pusat-Pusat Pemerintahan Kesultanan Kedah di Muzium Kota Kuala Kedah di sini, hari ini.

Rohani berkata, indeks itu dibangunkan sejak 2011 untuk mengukur tahap keutuhan sesuatu monumen atau bangunan yang boleh dipulihkan semula supaya menjadi tempat tarikan pelancong dan tumpuan pelajar membuat kajian.

Beliau berkata, antara bangunan dan tapak warisan yang perlu diberi perhatian ialah Istana Tengku Kudin yang terletak di Bukit Pinang dan beberapa pintu gerbang bersejarah di negeri ini.

"Untuk memuliharanya, kita tidak boleh mengharapkan saja pihak kerajaan kerana kosnya sangat besar.

"Apa yang boleh kita buat ialah mengajak masyarakat agar sama-sama bertanggungjawab menjaga dan membersihkan kawasan bersejarah yang ada di kawasan mereka," katanya.

Sementara itu, Ketua Muzium Kota Kuala Kedah Azhar Mohamed Noor, berkata Kota Kuala Muda antara bangunan bersejarah yang masih utuh untuk tatapan generasi masa kini, perlu diberi perhatian Jabatan Warisan Negara dan Jabatan Muzium Malaysia.

"Kita minta dinaik taraf semula tembok dan Pintu Gerbang British yang berusia lebih 100 tahun supaya ia menjadi produk pelancongan menarik di kawasan kota bersejarah ini.

"Kita pernah mohon pada 2015, tetapi masih tergendala kerana ia memerlukan peruntukan yang besar. Kita sentiasa berusaha untuk memohon peruntukan agar kota ini terus terpelihara kerana ia adalah sejarah yang amat bernilai buat rakyat Kedah," katanya.

Setakat bulan lepas, seramai 180,000 orang mengunjungi kota itu bagi menyaksikan 60 koleksi artifak arkeologi dalam galeri muzium, 13 peluru meriam dan enam meriam buatan Inggeris yang berusia lebih 100 tahun.

Beliau juga yakin bahawa sasaran 230,000 pelawat ke kota itu dapat dicapai dalam tempoh tiga bulan lagi.

Program anjuran Muzium Kota Kuala Kedah itu, disertai lebih 100 pelajar, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta jabatan kerajaan. - BERNAMA

MKKK2
SEBAHAGIAN pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Laksamana bergambar bersama Pengerusi Persatuan Sejarah Cawangan Kedah Datuk Wan Samsudin Wan Yusof (tiga belas, kanan) selepas melawat Tembok Kota Kuala Kedah yang berusia lebih 100 tahun pada Program Bicara@Muzium Pusat Pusat Pemerintahan Kesultanan Kedah di Muzium Kota Kuala Kedah hari ini.- Foto BERNAMA

Kemas kini terakhir: 27 March 2024 - 10:06am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources