Buku ini merupakan tentang sejarah dan perkembangan Muzium Perak sebagai muzium terawal dan signifikan di Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 1883 hinga sekarang. Kandungan buku ini menyentuh aspek-aspek yang mendasari Muzium Perak meliputi senibina, penyelidikan, pengumpulan koleksi, pameran, pengurusan dan perkara lain yang turut menyumbang terhadap kejayaannya sebagai muzium perintis. Antara kandungan yang menarik ialah tentang perpustakaan pertama, pusat pengumpulan koleksi pertama, pusat penyelidikan pertama, kelab seni pertama dan sebagainya. Buku ini juga diterbitkan dengan kertas yang berkualiti dilengkapi dengan gambar dan dokumen berwarna sebagai bukti fakta penulisan. Buku ini sesuai digunakan sebagai bahan bacaan dan rujukan para pelajar, pendidik, pengkaji dan peminat sejarah negara. Buku ini terdapat dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Versi mesra pencetak
- 2173 bacaan