Pameran Kenali Serangga & Reptilia
Sukacita dimaklumkan bahawa sempena cuti sekolah ini, Jabatan Muzium Malaysia akan mengadakan Pameran Kenali Serangga pada 6 hingga 12 Jun 2009 dan Pameran Kenali Reptilia pada 13 hingga 19 Jun 2009 bertempat di Dewan Tengah Muzium Negara, Kuala Lumpur. Pameran ini akan dibuka kepada orang ramai dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Sempena pameran ini, pihak Jabatan Muzium Malaysia akan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap hujung minggu iaitu pertandingan kuiz dan puzzle, live band dan demonstrasi. Program ini dijadualkan seperti berikut :
Aktiviti sempena Pameran Kenali Serangga
Tarikh : 6 – 7 Jun 2009
Masa : 10.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Dataran Muzium Negara, Kuala Lumpur
Aktiviti sempena Pameran Kenali Reptilia
Tarikh : 13-19 Jun 2009
Masa : 10.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Dataran Muzium Negara, Kuala Lumpur
- Beri ulasan anda
Versi mesra pencetak
- 8380 bacaan