Program Bermalam Di Muzium Tekstil Negara
Program ini terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah / kolej yang berminat daripada usia 13 hingga 18 tahun. Program selama 2 hari ini akan memberi pendedahan kepada pelajar mengenali muzium dengan lebih dekat melalui aktiviti-aktiviti menjana minda.
Selain itu, pendedahan yang lebih akan diberikan kepada peserta terhadap keunggulan tekstil di Malaysia dan juga tidak melupakan aspek sejarah bangunan serta keunikan dan keindahan muzium pada waktu malam. Terdapat juga aktiviti aktiviti yg boleh disertai oleh setiap peserta dalam mencungkil bakat dan kreativiti menghasilkan salah satu daripada teknik pembuatan tekstil di Malaysia.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Muzium Tekstil Negara (03-2694 3457/3461) atau Darniza (017-589 1448) atau Asmah (019-366 7275).
- Beri ulasan anda
Versi mesra pencetak
- 6310 bacaan