Satu bentuk kesenian wayang kulit yang unik kini hanya terdapat di utara Kedah Darul Aman. Ia mempunyai asal pertalian dengan nang talung orang Thai. Ia tidak mempersembahkan cerita epik Ramayana atau Mahabrata tetapi sebaliknya mengambil cerita rakyat tempatan dan Thai yang popular.
Muzik iringan khas bagi adapt-istiadat rasmi diraja yang dipersembahkan atas perkenan raja. Orkestra Nobat mengandungi gendang, serunai, nafiri dan gong dimainkan oleh pemain dari satu keturunan khas sahaja. Majlis-majlis rasmi yang diiringi oleh muzik Nobat adalah seperti pertabalan raja, kemangkatan atau perkahwinan.
Dokumentari ini memperlihat istilah-istilah Cam Jat, Cam Bani dan Cam Muslim yang merujuk kepada kelompok-kelompok bangsa Cam yang berbeza-beza amalannya sama ada di Vietnam atau Kemboja.