• Warna
  • | Saiz teks

Bagaimana untuk membuat pembayaran online menggunakan perbankan internet?

Anda di sini

Anda di sini

Sila hubungi Perpustakaan Jabatan Muzium Malaysia untuk mengetahui stok bahan dan tempahan sedia ada sebelum membuat sebarang pembayaran.

 
Bayaran Untuk Pembelian Bahan Bercetak (Buku / Jurnal / Prosiding)
 
Pilih pembekal khidmat anda menggunakan drop down menu.
 
Pembekal Perkhidmatan: Jabatan Muzium Malaysia - Bayaran Buku
 
1. Sila masukkan Nombor Telefon di ruangan Nombor Telefon. (Wajib)
 
2. Sila masukkan Nombor Kod Buku di ruangan Nombor Kod Buku. (Wajib), misalnya BK131
 
3. Sila masukkan Kuantiti Buku di ruangan Kuantiti. (Wajib)
 
4. Ruangan Butiran adalah pilihan.
 
5. Jumlah adalah tertakluk kepada harga dan kuantiti buku. Contohnya,  buku berharga: RM 10.00, kuantiti: 2, maka amaun keseluruhan adalah sebanyak RM20.00. SIla masukkan amaun tersebut.
 
6. Sila kemas kini alamat anda di bankislam.biz bagi tujuan penghantaran buku.
 
 
Nota:
 
1. Buku yang telah dibeli tidak boleh ditukar atau dikembalikan
 
2. Sila rujuk pada menu penyenaraian buku di laman web JMM, http://www.jmm.gov.my sebelum membuat pembayaran.
 
 
Pembayaran untuk Pembelian Media Optik (VCD dan DVD)
 
Pilih pembekal khidmat anda menggunakan drop down menu.
 
Pembekal Perkhidmatan: Jabatan Muzium Malaysia - Bayaran VCD / DVD
 
1. Sila masukkan Nombor Telefon di ruangan Nomber Telefon. (Wajib)
 
2. Sila masukkan Nombor Kod VCD / DVD  di ruangan Nombor Kod VCD / DVD. (Wajib). Cth VCD123E
 
3. Sila masukkan Kuantiti VCD / DVD di ruangan Kuantiti. (Wajib)
 
4. Jumlah adalah tertakluk kepada harga dan kuantiti VCD / DVD. Contohnya, VCD / DVD berharga RM 10.00, kuantiti: 2, maka amaun keseluruhan adalah sebanyak RM20.00. SIla masukkan amaun tersebut.
 
5. Sila kemas kini alamat anda di bankislam.biz bagi tujuan penghantaran VCD / DVD.
 
 
Nota:
 
1. VCD / DVD yang telah dibeli tidak boleh ditukar atau dipulangkan.
 
2. Sila rujuk pada menu VCD / DVD dalam laman web JMM, www.jmm.gov.my sebelum melakukan pembayaran.
 
3. VCD boleh didapati dalam Bahasa Malaysia dan versi Bahasa Inggeris.
 
4. Kedua-dua Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris kandungan boleh didapati dalam DVD tunggal.

Kemas kini terakhir: 23 November 2020 - 6:50pm

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources