Logo Hari Muzium Antarabangsa 2009 merupakan abstrak kepada tema tahun 2009 iaitu Muzium dan Pelancongan yang menggambarkan Terengganu sebagai sebuah negeri yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisi bangsa hasil dari keindahan alam, kesenian, kebudyaan, sejarah, tradisi dan ekonomi.
Tuan rumah:
Lembaga Muzium Negeri Terengganu telah dipilih sebagai tuan rumah Perayaan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2009 kali ke-13. Ini bermakna Terengganu menjadi tuan rumah bagi kali kedua. Kali pertama Terengganu menjadi tuan rumah ialah dalam tahun 1998, edisi ke-2.
Tarikh sambutan: 17 - 23 Mei 2009
Tema: “Muzium Dan Pelancongan” / “Museums And Tourism”
Kontijen yang mengambil bahagian:
Zon Wilayah (JMM)
Zon Timur
Zon Utara
Zon Selatan
Zon Keselamatan
Zon Sabah
Zon Sarawak
Pada 14 Februari 2009, sebanyak 10 artifak yang dimiliki oleh Jabatan Muzium Malaysia telah disenarai di dalam Daftar Warisan Kebangsaan. Artifak-artifak ini yang dikategorikan sebagai Objek Ketara adalah diantara 173 butiran warisan yang diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan.
Daftar Warisan Kebangsaan adalah satu daftar yang mengandungi suatu senarai butiran warisan yang diwujudkan dan disenggarakan di bawah seksyen 23 Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Majlis Pengisytiharan telah disempurnakan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, YB Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (Victoria Institution).
Objek Ketara Koleksi Muzium yang tersenarai dalam Daftar Warisan Kebangsaan 2009 adalah:
1. Duit Emas Zaman Pemerintahan Sultan Muzaffar Shah ( 1564 - 1570 ) Johor
2. Duit Kijang Emas
3. Duit Emas Zaman Pemerintahan Sultan Alau'uddin Riayat Shah I ( 1527 - 1564 ) Johor
4. Duit Emas Zaman Pemerintahan Sultan Zainal Abidin II ( 1793 - 1808 )
Terengganu
5. Pending Melayu
6. Celepa Diraja Terengganu
7. Tepak Sireh Sultan Abdul Samad
8. Patung Avalokitesvara
9. Loceng Gangsa
10. Archa Buddha Duduk
3 artifak iaitu Celepa Diraja Terengganu, patung Avalokitesvara dan Loceng Gangsa kini dipamerkan untuk tontonan umum di Muzium Negara.