• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Archive - Apr 2016

Anda di sini

Anda di sini

Tarikh

April 29th

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2016

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2016

Seminar MATANG dari Perspektif Sejarah

Seminar MATANG dari Perspektif Sejarah

Kategori Acara: 
Tarikh Acara: 
Selasa, 10 Mei, 2016 -
08:30 sehingga 13:00
Lokasi: 
Muzium Matang, Perak

April 28th

Bicara Orang Asli:Melestarikan Seni Persembahan Orang Asli pada 29 April 2016

MUATURUN DOKUMEN (442.9MB)

DonlodAsli

Bicara Orang Asli

Abstrak

Terdapat banyak kumpulan budaya Orang Asli yang dijemput untuk mempersembahkan muzik dan tarian mereka, seperti Sewang, Main Jo’oh, Pinloin, Belian  dan sebagainya kepada pelancong tempatan, antarabangsa dan orang-orang kenamaan. Kumpulan pendukung budaya Orang Asli menekankan identiti budaya mereka dengan penciptaan semula persembahan warisan nenek moyang yang telah diperhalusi. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa muzik dan tarian yang tradisional masih sekali-sekala dipersembahkan di beberapa kampung untuk tujuan perayaan dan ritual, banyak persembahan orang Asli hari ini telah digubah semula dan dipersembahkan secara komersial untuk tatapan pelancong. Pengkaji mempersoalkan adakah persembahan sebegini memainkan fungsi sosial yang bermakna serta dapat dilestarikan dalam masyarakat Orang Asli hari ini? Adakah generasi yang akan datang menunjukkan minat dan turut serta dalam persembahan budaya warisan Orang Asli sebegini? Pengkaji turut mempersoalkan bagaimana Orang Asli dapat mencipta semula warisan muzik dan tarian mereka untuk memainkan peranan yang lebih berfungsi dan bermakna kepada masyarakat Orang Asli pada hari ini. Bagaimanakah Orang Asli dapat merapatkan jurang antara citarasa generasi muda dengan keinginan generasi tua untuk mengekalkan warisan tradisi budaya mereka? Dalam ceramah ini, pengkaji mencadangkan beberapa kaedah di mana budaya warisan tradisional dapat terintegrasi dengan minat generasi muda Orang Asli terhadap muzik moden hari ini. 

 

Halaman

Kemas kini terakhir: 27 March 2024 - 10:06am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources