Monograf bertajuk Kajian Perbandingan Tapak Paleolitik Kampung Temelong Dengan Kota Tampan Dan Sumbangannya Terhadap Kebudayaan Zaman Pleistosen Akhir Di Asia Tenggara ditulis oleh Mohd Mokhtar Saidin telah diubahsuai daripada tesis beliau.
Kertas kerja yang ditulis oleh Adi Haji Taha ini adalah tentang Ekskavasi Semula Batu Lindungan di Gua Cha, Ulu Kelantan, Malaysia Barat. Jurnal ini hanya boleh didapati dalam bahasa Inggeris.
Tiga artikel dalam jurnal ini adalah tentang Tiga Spesies Baru Salacca (Palmae) dari Semenanjung Tanah Melayu; Taburan Penemuan Tektit di Malaysia dan Kawasan Bersebelahan dan juga Kajian Taksonomi Melastomataceae. Jurnal ini hanya boleh didapati dalam bahasa Inggeris.