• Colour
  • | Text size
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Current Exhibition

You are here

You are here

Current exhibitions held by Department of Museums, including exhibitions at Regional Museums.

Pameran Keindahan Koleksi Islam, Muzium Negara

Banner Pameran Keindahan Koleksi Islam, Muzium Negara
Tarikh pameran: 18 Disember 2009 - 14 Februari 2010
Tempat: Muzium Negara
 
Dunia Islam menyumbangkan pelbagai aspek dalam ketamadunan manusia seperti perubatan, senibina, kesusasteraan, astronomi dan sebagainya termasuk kesenian. Hasil pengembangan agama Islam ke seluruh dunia, maka asimilasi antara kebudayaan tempatan yang diadun dengan perintah dan ketaatan kepada penciptaNya telah mewarnai salah satu bidang penciptaan budaya material termasuk artifak-artifak.
 
Sempena program sambutan Bandar Kebudayaan Islam pada tahun ini (As A Capital of Islamic Culture) di mana Kuala Lumpur telah dipilih sebagai tuan rumah oleh “Islamic Educational Scientific and Cultural Organisation” - (ISESCO), maka Jabatan Muzium Malaysia mengambil peluang mengadakan pameran khas bertajuk “Keindahan Koleksi Islam” di Muzium Negara untuk memperlihatkan keunikan kesenian dan kreativiti bersandarkan nilai-nilai keislaman.
 
Sebanyak 70 koleksi unik yang dimiliki oleh negara ini dan kini disimpan di seluruh negara dipamerkan, merangkumi artifak antik dan kontemporari. Keseluruhan pameran ini memperlihatkan keunikan kesenian artifak dalam bidang senibina, muzik, seramik, alat domestik, keagamaan, ukiran, persenjataan dan sejarah.
 
Pengumpulan koleksi bernilai ini merupakan artifak yang secara terpilih mewakili masyarakat negara ini dan hubungannya dengan masyarakat Islam lainnya di seluruh dunia. Keunikan kesenian ciptaan manusia yang bersendikan keimanan ini menggambarkan sikap positif yang dituntut oleh agama Islam seperti keharmonian, keberanian, kelembutan, adab dan sopan, kebenaran dan peraturan, qada’ dan qadar, kegembiraan, moral dan sebagainya.
Highlights: 

Program BASF Kid's Lab

Program BASF Kid's Lab
 
Tarikh: 29 - 31 Oktober 2009
Masa: 9.00 pagi - 4.45 petang
Tempat: Dataran Muzium Negara

BASF Kid's Lab akan diadakan di Dataran Muzium Negara. Aktiviti ini dengan kerjasama Kementerian Pendidikan yang berkaitan kursus berkenaan pengetahuan bidang kimia yang terbuka kepada kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun.

Warga JMM dijemput hadir ke Majlis Perasmian yang akan diadakan pada 29 Oktober 2009 (Khamis), masa 10.30 pagi bertempat di Auditorium JMM
 

 
Highlights: 

Pameran Astronomi - Keajaiban Cakerawala Untuk Anda Terokai

Pada tahun ini seluruh masyarakat antarabangsa menyambut tahun astronomi antarabangsa atau IYA (International Year of Astronomy). Sempena dengan itu Galeria Perdana di bawah Jabatan Muzium Malaysia juga tidak ketinggalan menyahut cabaran mengadakan pameran astronomi untuk masyarakat Langkawi khususnya dan para pelawat ke Langkawi amnya. Tema bagi sambutan tahun ini adalah “Universe Yours to Discover” atau Keajaiban Cakerawala Untuk Anda Terokai.

Pameran ini berkonsepkan sentuhan budaya, seni dan sains yang menghubungkan tamadun silam dan masa kini untuk tatapan umum hari ini. Galeria Perdana di bawah Jabatan Muzium Malaysia dengan kerjasama Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera, Universiti Sains Malaysia mengambil inisiatif mengadakan pameran astronomi ini diharap agar dapat menarik minat masyakat Langkawi untuk mendalami dan menghayati ilmu ini di samping mendapat manfaat daripadanya.

Tarikh Dan Tempat :

Tarikh : 26 Mei – 26 Jun 2009

Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang

Tempat : Galeria Perdana Langkawi, Kilim, Mukim Ayer Hangat

Urusetia
Tel : 04-9591863/1498, 04-9592214
Fax : 04-9591819

Aktiviti :

- Pameran
- Pertunjukkan Planetarium
- Ceramah
- Cerapan matahari
- Bengkel
- Cerapan bintang (8.00 malam – tamat)
- Pertandingan Mewarna
- Jualan Peralatan astronomi
- Pertandingan Roket Air
- Kuiz Semasa

Untuk muat turun senarai aktiviti/acara: Klik Disini

Tujuan

Pameran ini adalah untuk mendedahkan bidang astronomi kepada masyarakat Langkawi. Bidang astronomi adalah satu bidang yang unik sehingga dikatakan ilmu astronomi adalah ratu segala ilmu.

Pemeran ini juga diharap dapat menjadikan Pulau Langkawi satu destinasi untuk kegiatan astronomi di waktu malamnya kerana langit Langkawi antara yang tercantik disebabkan tiada pencemaran udara dan cahaya.

Objektif

· Memberikan kesempatan kepada masyarakat Langkawi mendekati bidang astronomi.

· Memberikan kefahaman dan kesedaran betapa menariknya bidang ini.

· Menjadi pendorong utama atau tapak permulaan bagi kegiatan astronomi di Langkawi.

· Menarik minat masyarakat Langkawi bidang ini sebagai hobi untuk mengisi masa lapang.

· Merapatkan lagi hubungan seluruh masyarakat Langkawi dengan Galeria Perdana melalui program-program yang dijalankan.

Highlights: 
AttachmentSize
PDF icon Senarai Aktiviti.pdf19.93 KB

Pages

Last update: 3 May 2024 - 1:04am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources