
Sebelum wujudnya sistem kesihatan yang moden, bidan merupakan figura yang begitu dihormati dalam komuniti tradisional kerana mempunyai ilmu dalam merawat penyakit dan terlibat secara langsung dalam mengendalikan proses kehamilan, kelahiran dan berpantang. Seiring dengan peredaran masa, bidan tradisional telah dinaiktaraf dengan pengenalan jururawat atau bidan terlatih di klinik dan hospital seluruh negara.

Program ini bermula 6 Mei 2023 hingga 31 Julai 2023.
Penganjuran : Muzium Muzik, JMM
Kerjasama bersama ASWARA & Art Trivium, KPSK, UiTM.