Skip to main content
Please wait...

Pameran Malaysia Tanah Airku

Pameran Malaysia Tanah Airku merupakan satu interpretasi bagi menggambarkan aspek sejarah, kebudayaan dan alam semulajadi Malaysia dan menelusuri kembali beberapa segmen utama dalam ruang lingkup tanah air yang bernama Malaysia yang sehingga ke hari ini menjadi identiti utuh dan sangat signifikan bagi setiap anggota masyarakat.

Para pengunjung yang melawat pameran Malaysia Tanah Airku secara tidak langsung dapat merasai dan memahami bahawa Malaysia merupakan sebuah negara-bangsa yang telah lama bermula, jauh sebelum munculnya kuasa kolonial dimana masyarakatnya memiliki ciri-ciri kebudayaan yang begitu unik, alam semula jadinya bak ‘syurga tersembunyi’ dan masyarakatnya berbilang kaum serta hidup dalam suasana yang penuh harmoni. Itulah wajah sebuah tanah air yang bernama Malaysia.

Kategori Acara
Tarikh Acara
-
Lokasi
Galeri 2, Jabatan Muzium Malaysia

Hubungi Kami

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Jabatan Muzium Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut