Skip to main content
Please wait...

Tengkolok

Penerbit
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun
Duration
19:28min
Harga
RM10
No. Rujukan/Reference No.
VCD015M
Jenis Penerbitan
Media Optik

Tengkolok merupakan sejenis hiasan kepala yang digunakan sejak zaman pemerintahan Kesultanan Melayu. Bagi masyarakat di Negeri Sembilan, panggilan Destar adalah sinonim untuk menggambarkan Tengkolok. Kemahiran dan kreativiti tukang lipat telah memberikan variasi kepada reka bentuk Destar yang terdiri daripada Destar Kacang Dua Helai Daun, Dendam Tak Sudah, Sarang Kerengga dan Solok Timba. Setiap lipatan dan takuk yang terdapat pada Destar juga mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Hanya terdapat dalam versi Melayu sahaja.

Teknik-Teknik Pembatikan Di Malaysia

Penerbit
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun
Duration
50:42min
Harga
RM10
No. Rujukan/Reference No.
VCD014M
Jenis Penerbitan
Media Optik

Seiring perkembangan semasa, batik di Malaysia turut berkembang dari pelbagai aspek terutama dari segi penggunaan bahan, motif dan teknik pembuatannya. Sehingga kini terdapat beberapa teknik pembuatan batik di Malaysia iatu teknik blok, conteng, stensil atau cetakan, canting dan teknik resis tanpa menggunakan lilin iaitu tritik dan ikat celup. Setiap teknik pembatikan akan menghasilkan motif batik yang berbeza. Hanya terdapat dalam versi Melayu sahaja.

Batik Serantau

Penerbit
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun
Duration
27:39min
Harga
RM10
No. Rujukan/Reference No.
VCD002M
Jenis Penerbitan
Media Optik

Batik merupakan salah satu cabang kesenian rumpun Melayu warisan generasi sejak zaman berzaman. Malah lebih dari itu batik turut mengandungi motif-motif sebagai perlambangan hubungan antara dua negara dan terus tersebar ke seluruh ceruk rantau. Hanya terdapat dalam versi Melayu sahaja.

Perayaan Thaipusam

Penerbit
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun
Duration
30:51min
Harga
RM10
No. Rujukan/Reference No.
VCD009M
Jenis Penerbitan
Media Optik

Festival perayaan Thaipusam merupakan salah satu upacara keagamaan yang merujuk kepada kepercayaan agama Hindu terhadap Tuhan Murugan yang diraikan penganutnya di Batu Caves, Selayang, Selangor. Perayaan ini penuh dengan keunikan, misteri, ketaatan dan nilai-nilai falsafah keagamaan. Terdapat dalam versi Melayu sahaja.

Pelayaran Dunia Melayu

Penerbit
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun
Duration
27:13min
Harga
RM10
No. Rujukan/Reference No.
VCD008M
Jenis Penerbitan
Media Optik

Dokumentari ini menyaksikan kehebatan dunia pelayaran Melayu dalam pelbagai rekabentuk kapal mengikut daerah dan negara tertentu serta aktiviti pelayaran yang merupakan nadi kemajuan perkembangan kerajaan-kerajaan Melayu di Nusantara sejak berabad lamanya. Terdapat dalam versi Melayu sahaja.

Masyarakat Melayu Minangkabau

Penerbit
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun
Duration
42:08min
Harga
RM10
No. Rujukan/Reference No.
VCD007
Jenis Penerbitan
Publication Type
Media Optik
Optical Media

Dokumentari masyarakat Melayu Minangkabau dalam dunia Melayu digambarkan dengan keunikan senibina Rumah Gadang, keutuhan binaan masjid, kehalusan seni ukiran dan tenunan, kelembutan gerak tari, kepintaran menjana ekonomi dan identiti pakaian-pakaian adatnya. Terdapat dalam versi Melayu sahaja.

Masyarakat Melayu Bisaya Sabah

Penerbit
Jabatan Muzium Malaysia
Duration
47:33min
Harga
RM10
No. Rujukan/Reference No.
VCD005M
Jenis Penerbitan
Media Optik

Dokumentari ini memaparkan kehidupan masyarakat Melayu Bisaya sebagai salah satu rumpun bangsa di Malaysia di mana, mereka menitik beratkan warisan tradisi seperti berlagu (berdaup), tarian liliput, tarian anak kuda, bermain alatan muzik tradisional dan sebagainya.

Subscribe to media optik

Hubungi Kami

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Jabatan Muzium Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut