
ASEAN atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ditubuhkan pada 8 Ogos 1967. Ia dibentuk untuk meningkatkan kerjasama politik, ekonomi, sosio budaya dan perdamaian di antara negara-negara di Asia Tenggara. Piagam ASEAN yang dikuatkuasakan pada 15 Disember 2008 menjadi perjanjian yang mengikat secara sah dalam kalangan Negara-negara Anggota ASEAN.

Kraftangan Malaysia menganjurkan Pameran Karya Agung- Seni Kraf Warisan Negara dengan memaparkan keunggulan dan kehalusan seni kraf yang menjadi refleksi budaya serta kebanggaan warisan di Malaysia. Setiap karya merupakan khazanah budaya dan wadah kelestarian seni kraf negara.
Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut