

Menelusuri keindahan logam sebagai warisan sejarah, budaya dan seni dunia Melayu. Pameran ini mengetengahkan sebanyak 140 koleksi logam bernilai tinggi yang mencerminkan kehalusan seni pertukangan, keunikan reka bentuk serta makna simbolik, mistik dan budaya dalam kehidupan masyarakat.
Menariknya, sebahagian koleksi yang dipamerkan merupakan antara koleksi terawal Muzium Perak yang julung kali dipamerkan kepada orang awam. Pameran ini turut direalisasikan melalui kerjasama bersama rakan strategik, Pengasas Yayasan Al-Amin, Dr. Noor Azahar bin Ibrahim serta Raja Shahriman bin Raja Aziddin.
Kategori Acara
Tarikh Acara
-
Lokasi
Muzium Perak