Buku Batik sarung ini diterbitkan sempena Pameran Batik Sarung yang berlangsung di Muzium Tekstil Negara. Batik Sarung diangkat sebagai anugerah ketrampilan kewanitaan. Pengertian sebagai skirt dalam kamus bahasa dan warisan budaya yang menjadi sebahagian daripada konsep dalam fesyen. Batik sarung menjadi perantara manusia dengan adat dan budaya dalam variasi kehidupan masyarakat. Batik sarung adalah hasil kraf tangan pembatik yang mempunyai kepelbagaian corak seperti flora dan fauna yang mencerminkan keperibadian serta imej kewanitaan yang lemah lembut.
Buku apresiasi topeng sedunia ini memaparkan perihal topeng. Topeng diketahui sebagai satu instrumen budaya masyarakat dunia sejak berzaman lagi. Kepelbagaian ragam hias dan bentuk mewakili keunikan karakter dan mesej yang tersirat. Kebanyakan topeng yang dihasilkan bukan bergantung kepada nilai artistik dan estatik semata- mata tetapi atas dasar fungsi tertentu sesebuah topeng. Buku ini mengetengahkan pengalaman berharga kepada peminat budaya dalam mengenali topeng– topeng dari merata dunia selain menambahkan pengetahuan tentang topeng dalam masyarakat Malaysia.
Penerbitan buku ini adalah selaras dengan matlamat untuk menghimpunkan maklumat kepelbagaian yang terdapat dalam seni bina di Malaysia. Buku ini dihasilkan daripada penyelidikan dan pengumpulan bahan mengupas secara umum mengenai pendekatan yang merangkumi sejarah, kepercayaan, teknologi dan motif dalam warisan seni bina masyarakat Malaysia. Buku ini dihasilkan bersempena penjenamaan semula Muzium Seni Bina, Jabatan Muzium Malaysia yang merupakan muzium khusus yang ditubuhkan bagi perkembangan seni bina yang terdapat di seluruh Malaysia. Buku ini terdapat dalam Bahasa Malaysia sahaja.
Buku ini mengandungi koleksi- koleksi terpilih yang terdapat di gedung khazanah Negara ini. Kesemua koleksi yang dipaparkan berkaitan artifak di Muzium Negara. Kesemua koleksi yang dipaparkan dalam buku ini mempunyai nilai sejarah yanh tinggi dan telah dikumpul serta dipulihara mengikut piawaian muzium. Penerbitan buku ini merupakan penerokaan terhadap koleksi yang merupakan satu cerminan dan jalan cerita tentang sejarah dan budaya Negara. Buku ini hanya terdapat dalam Bahasa Malaysia sahaja.
Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut