• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Pameran Semangat ASEAN: Keterangkuman dan Kemampanan

Anda di sini

Anda di sini

Pameran Semangat ASEAN: Keterangkuman dan Kemampanan

ASEAN atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ditubuhkan pada 8 Ogos 1967. Ia dibentuk untuk meningkatkan kerjasama politik, ekonomi, sosio budaya dan perdamaian di antara negara-negara di Asia Tenggara. Piagam ASEAN yang dikuatkuasakan pada 15 Disember 2008 menjadi perjanjian yang mengikat secara sah dalam kalangan Negara-negara Anggota ASEAN. Justeru, pameran ini diadakan sempena Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025. Ini menjadi platform untuk memperlihatkan identiti serantau dan memantapkan pemahaman masyarakat mengenai pertubuhan ASEAN. Ia juga mencerminkan semangat perpaduan yang menjadi teras komuniti ASEAN sejak lebih lima dekad penubuhannya. Melalui pameran ini, masyarakat berpeluang meneroka kepelbagaian budaya, inovasi dan teknologi moden yang menyokong usaha kemampanan sosial dan alam sekitar. Ia juga menonjolkan semangat kebersamaan yang mengukuhkan hubungan dan menyatukan rantau ini.

Kategori Acara: 
Tarikh Acara: 
Isnin, 21 April, 2025 - 09:00 sehingga Ahad, 31 Ogos, 2025 - 17:00
Lokasi: 
Galeri 2, Jabatan Muzium Malaysia

Kemas kini terakhir: 30 April 2025 - 8:09am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources