NOTIS PENANGGUHAN BICARA @ MUZIUM DAN
PERASMIAN PAMERAN SULAIMAN GHANI: PENGGIAT SENI TEKSTIL
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
……………………………………………………………………………………………………………………....
Jabatan Muzium Malaysia (JMM) ingin memaklumkan bahawa program Bicara @ Muzium Sulaiman Ghani: Penggiat Seni Tekstil Malaysia yang dijadualkan pada 24 September 2019 adalah DITANGGUHKAN dan dijadualkan semula pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Walau bagaimanapun Pameran Sulaiman Ghani: Penggiat Seni Tekstil Malaysia tetap akan dibuka kepada orang ramai seperti yang dijadualkan pada tarikh 24 September hingga 24 Disember 2019.
Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami.
Terima kasih.
Bahagian Komunikasi Korporat
Jabatan Muzium Malaysia
18 September 2019
Versi mesra pencetak
- 841 bacaan