
Buku ini diterbitkan untuk memperkenalkan Muzium Tekstil Negara kepada umum. Muzium Tekstil Negara ditempatkan di bangunan warisan yang bercirikan seni bina Moorish. Bangunan ini di jadikan muzium pada bulan Oktober 2007. Muzium ini dibuka kepada orang ramai pada 9 Januari 2010. Muzium Tekstil Negara membawa kita meneroka kekayaan kepelbagaian tekstil dalam masyarakat Malaysia. Terdapat 4 galeri di dalam muzium ini iaitu galeri Pohon Budi, Pelangi, Teluk Berantai dan Ratna Sari yang mempamerkan koleksi tekstil yang tersohor, aksesori dan pakaian. Galeri kelima Saindera pula menempatkan pameran bertema dan program awam. Buku ini terdapat dalam dwi bahasa iaitu dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Versi mesra pencetak
- 3717 bacaan