Di JMM Wilayah Timur, terdapat hanya sebuah Muzium yang ditadbir oleh Jabatan Muzium Malaysia iaitu Muzium Sungai Lembing, Sungai Lembing Pahang.
Muzium Sungai Lembing
[bg|watermarked/muziumsungailembing-w] |
Muzium Sungai Lembing ditubuhkan bagi mengimbau zaman kegemilangan Sungai Lembing sebagai bandar terkaya pengeluar bijih timah utama di negeri Pahang. Pada suatu ketika dahulu, bandar ini seumpama EL-Dorado Timur di Tanah Melayu kerana di sinilah terletaknya sebuah perkampungan pegawai Inggeris yang istimewa di Lembah Sungai Kenau. Namun, mulai 1984 segala kemewahan tersebut lenyap akibat kejatuhan harga bijih timah.
Keunikan muzium ini adalah kerana ianya ditempatkan di sebuah bangunan bekas kediaman Pegawai lombong itu sendiri yang masih mengekalkan ciri-ciri senibina zaman Inggeris.
Lombong bijih timah di Sungai Lembing merupakan satu-satunya lombong bawah tanah yang terdalam dan terpanjang di dunia, yang pernah diusahakan secara besar-besaran dan pernah menjana ekonomi negara yang menjadikan Sungai Lembing begitu terkenal diperingkat antarabangsa. Muzium Bijih Timah Sungai Lembing mempamerkan koleksi peralatan perlombongan yang pernah digunakan untuk melombong bijih di bawah tanah. Di antara koleksi menarik yang dipamerkan ialah jentera gerudi, gerabak keretapi, pakaian topi keselamatan dan peralatan perabot pejabat pengurus lombong.
Koleksi dan Galeri
Keseluruhan konsep muzium ini menggunakan pelbagai media dan teknik pameran. Susunatur muzium ini adalah mengikut urutan kronologi sejarah, peristiwa dan artifak bagi memudahkan para pelawat melihat, memahami dan menghayati setiap informasi yang dipamerkan, justeru itu segmen ini menampilkan diorama dan pameran yang mengimbau waktu kegemilangan yang mampu mengembalikan nostalgia.
Selain itu, penemuan geologi di sekitar Sungai Lembing dan beberapa panel informasi yang memaparkan tokoh-tokoh yang berkait rapat dengan perlombongan Sungai Lembing seperti Sultan Abu Bakar, Tok Janggut dan W.W Abel juga diadakan untuk menambah pengetahuan para pelawat.
Hari & Masa Lawatan
9.00 pagi hingga 6.00 petang
Bayaran Masuk
Percuma
Pegawai untuk dihubungi
Pn. Rebiah binti Md Yusuf - Penolong Kurator
Alamat
Ibu Pejabat Jabatan Muzium Malaysia (Wilayah Timur),
Sungai Lembing,
26200 Pahang
Tel : +609 541 2377 / 2378
Fax : +609 541 2377
Kemudahan Pengangkutan
Bas dan Teksi dari Terminal Bas Kuantan
Kemudahan Penginapan
Sekitar Bandar Kuantan
Tempat-tempat Menarik Berhampiran
Ladang ternakan rusa, air terjun dan kolam air panas, Pusat Rekreasi Gunung Tapis, Gua Charas 'Sleeping Buddha', Bukit Panorama dan Hutan Rekreasi.
Kedai Cenderahati
Para pelawat berpeluang membeli cenderamata di D Mine Shoppe yang dikendalikan kakitangan muzium. Kedai ini bakal menyediakan pelbagai jenis cenderamata seperti cawan, jam, topi, kemeja T, pen, produk yang diperbuat daripada bijih timah dan buku-buku sejarah berkaitan dengan Sungai Lembing.
Kemudahan Lain
Surau, tandas awam
Peta Lokasi
View Muzium Sg. Lembing in a larger map
Versi mesra pencetak
- 8034 bacaan