Sejarah Batalion British dalam kempen Malaya merupakan usaha Jabatan Muzium dan Antikuiti. Sejarah memaparkan rekod peristiwa silam terutamanya yang melibatkan kehidupan manusia. Buku ini mengisahkan unit tentera British dan India yang keletihan dan hampir patah semangat namun terus bertempur dengan gagah berani dari utara ke selatan Semenanjung sehingga kejatuhan Singapura pada 15 Februari 1942. Buku ini hanya boleh didapati dalam bahasa Inggeris.
Muzium Negara (National Museum), known for being the respository of the nation's heritage has put together an exhibition on the handicrafts and cultural paraphernalia of the Orang Asli community in Malaysia. More than 400 collections of Orang Asli figurines and handicrafts are exhibited and documented in this catalogue. There have been many publications on the Orang asli and their arts and handicrafts, we believe this book will no doubt be most timely in the effort to document the crafts of this community which is slowly facing extinction. It would also be a priceless reference materials for the future generation.
Muzium Negara yang terkenal sebagai Gedung Warisan Negara telah mengadakan satu pameran khusus mengenai hasil kraf dan bahan kebudayaan masyarakat Orang Asli di Malaysia. Lebih 400 koleksi patung Orang Asli dan hasil kraf dipamer dan diabadikan di dalam katalog ini. Walaupun banyak buku telah dihasilkan mengenai Orang Asli dan hasil kesenian mereka, namun buku ini pastinya amat bermakna dalam mendokumentasikan hasil kraf masyarakat Orang Asli yang dewasa ini kian pupus dan sewajarnya menjadi bahan rujukan yang berguna kepada generasi akan datang.