Tarikh : 01 Jul 2008 - 31 Jul 2008
Tempat : Galeri 2, Jabatan Muzium Malaysia
Pameran ini akan mengenengahkan kukur kelapa dalam konteks kepelbagaian bentuk dan seni rupa khususnya kepada aspek seni ukir yang terhasil bukan sahaja melahirkan aspirasi keindahan tetapi menjadi testimoni perkembangan pemikiran dan kemajuan tahap tamadun bangsa yang menghasilkannya.
Simboliknya kukur kelapa juga menjadi alat yang menambah nilai kasih sayang di antara ibu dan anak apabila kanak-kanak zaman dahulu sentiasa menanti peluang untuk duduk di belakang ibu semasa si ibu sedang mengukur kelapa. Indahnya lagi apabila muncul teka teki berbunyi “Naik kuda, tabur bunga”.
Penggunaannya yang semakin pupus berikutan kemunculan alat-alat memasak yang lebih moden menyebabkan ramai generasi muda kini tidak lagi mengenali apatah lagi tahu cara menggunakannya. Justeru menerusi pameran ini ia diharap dapat mengimbau nostalgia di samping memberi peluang kepada generasi muda menghayati warisan bangsa yang harus di pelihara ini.
Selain pameran, terdapat juga demonstrasi penggunaan dan pertandingan mengukur kelapa dalam tempoh pameran berlangsung.
Bicara Gambus merupakan aktiviti yang dianjurkan sebagai wadah interaksi pemikiran ilmiah dalam usaha ke arah mendokumentasikan muzik gambus masyarakat Brunei Sabah, khususnya dan Malaysia, amnya. Penyelidikan ini telah dirancang dan dijalankan oleh Jabatan Muzium Malaysia dengan gandingan ahli akademik, penyelidik dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Persatuan Masyarakat Brunei Sabah.
Penyelidikan yang dilaksanakan di bawah Program Pengesahan Fakta Sejarah Negara tahun 2006-2009 ini telah memperlihatkan beberapa hasil tinjauan yang menarik. Usaha ini adalah selaras dengan teras utama dasar RMKe-9 untuk meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup dengan memperkayakan kebudayaan, kesenian dan warisan menerusi pemupukan nilai budaya positif, memperkukuhkan penghayatan budaya, seni dan warisan, memelihara dan memulihara produk warisan ketara dan tidak ketara serta mengukuhkan program bina upaya bagi memastikan pembangunan budaya, seni dan warisan yang mapan dan berterusan.
Usaha ini juga selaras dengan Dasar dan Strategi Pembangunan Industri Muzik Malaysia, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia 2005 dalam konteks pemeliharaan muzik tradisi yang dilaksanakan melalui penyelidikan, pendidikan, penggalakan dan penyemarakan.
Bicara Gambus memfokus kepada kajian awal yang meliputi beberapa aspek gambus, di samping persembahan muzik dalam usaha penilaian, perbandingan terhadap status gambus, mendapatkan idea dan kritikan membina, penambahbaikan dan gagasan yang memantapkan pelestarian muzik gambus sebagai muzik tradisi warisan budaya.
Objektif Program
Mendokumentasikan sumber informasi muzik gambus
Menyediakan ruang wacana atau wadah interaksi pemikiran ilmiah dan perkongsian ilmu muzik gambus
Menyemarakan persembahan muzik gambus
Tarikh: 4 Jun 2008
Masa 8.30 pagi-1.00 petang
Penganjur: Jabatan Muzium Malaysia
Terbuka kepada orang ramai khususnya:
Penggiat Seni
Penyelidik
Pelajar Sekolah dan Mahasiswa
Penggubal Dasar
Para sarjana muzik
Pendidik
Pembuat Gambus
Budayawan
Sejarawan
Warga Muzium
Tentatif Aturcara Program Bicara Gambus 4 Jun 2008
MASA
PROGRAM
8.30 pagi - 9.00 pagi
Pendaftaran
9.00 pagi - 9.05 pagi
Bacaan Doa
9.05 - 9.20 pagi
Ucapan Aluan Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia
9.20 pagi - 9.40 pagi
Persembahan Selingan 1. Petikan Gambus Solo oleh Fauziah Suhaili, ASWARA
9.40 pagi - 10.05 pagi
Pembentangan 1, Penceramah: En. Kamaruddin Zakaria, Jabatan Muzium Malaysia Kuala Lumpur. Tajuk: Penyelidikan Gambus Masyarakat Brunei Sabah, Pengerusi : Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusof, Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia
10.05 pagi – 10.35 pagi
Kudapan dan Persembahan Gambus oleh Kumpulan Sri Petalawati, Jabatan Muzium Malaysia
10.35 pagi - 10.55 pagi
Pembentangan 2, Penceramah: Dr. Mohd Hassan Haji Abdullah, Universiti Pendidikan Sultan Idris Perak. Tajuk: Aspek-aspek Organologi Gambus, Pengerusi : Prof. Dr. Rahmah Bujang, Universiti Malaya Kuala Lumpur
10.55 pagi - 11.05 pagi
Pembentangan 3, Penceramah: En. Ahmad Hakimi Khairuddin, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Tajuk: Gambus Melayu Dalam Persembahan Hamdolok dan Zapin, Batu Pahat, Johor. Pengerusi : Prof. Madya Dr. Khairi Johar Bahar, Universiti Teknologi Mara (UITM), Shah Alam)
11.05 pagi - 11.35 pagi
Persembahan Selingan 2. (Orkestra Gambus, ASWARA)
11.35 pagi - 11.55 pagi
Pembentangan 4, Penceramah: Y.M Raja Zulkarnain Mohd Yusof, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, Kuala Lumpur. Tajuk: Teknik-teknik Permainan Gambus (The Arts of Oud Playing & Techniques). Pengerusi : Y.M. Raja Azuan Nahar Raja Adnan, Jabatan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.
11.55 pagi - 12.15 tengahari
Pembentangan 5, Penceramah: Encik Halidan Ithnin, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, Kuala Lumpur. Tajuk : Kaedah dan Teknik Pembuatan Gambus Batu Pahat, Johor. Pengerusi : Encik Sahami Abd. Manaf, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kuala Lumpur
12.15 tengahari - 12.35 tengahari
Persembahan Selingan 3 oleh Kumpulan Gambus Kuala Kangsar Perak
12.35 tengahari - 2.00 petang
Jamuan Makan Tengahari dan Persembahan Gambus di Dataran Muzium Negara oleh Fauziah Suhaili, Orkestra Gambus ASWARA dan Kumpulan Gambus seni Warisan Kuala Kangsar, Perak.
Catatan:
Jabatan Muzium Malaysia tidak menyediakan kemudahan penginapan dan pengangkutan kepada para peserta.
Masuk adalah percuma. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Kamaruddin bin Zakaria di talian 03-2282 6255 ext 390
The Celebration of International Museum Day 2008 was officiated by the Honorary Minister Dato' Seri Hj. Mohd. Shafie bin Hj. Apdal on Tuesday 20th May 2008, 8.30 am.
The launching ceremony was held at Department of Museums, Jalan Damansara, Kuala Lumpur.