Garis Panduan Pengurusan Keselamatan ICT Sektor Awam Malaysia (MyMIS)
- Read more about Garis Panduan Pengurusan Keselamatan ICT Sektor Awam Malaysia (MyMIS)
- Add new comment
MyMIS adalah satu panduan komprehensif untuk merancang, membangun, menyelenggara, mengurus dan melindungi maklumat sektor awam dan aset ICT lain yang berkaitan. MyMIS disediakan bagi melengkapkan inisiatif keselamatan ICT yang diambil oleh kerajaan sebelum ini iaitu melalui Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2000 bertajuk “Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan” dan Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2001 bertajuk “Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)”.